Saturday, July 31, 2010

10 Muwasaffat Tarbiyah

Ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang muslim itu ialah :

1. Aqidah yang sejahtera

2. Ibadah yang sahih

3. Akhlak yang mantap

4. Mampu berdikari

5. Berpengetahuan luas

6. Tubuh badan yang sihat

7. Mampu melawan hawa nafsu

8. Tersusun urusannya

9. Menjaga masa

10. Berguna untuk orang lain

Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah, adakah kita memiliki kesemua muwasaffat tarbiyah di atas. Sama-samalah kita perbaiki diri demi keredhaan Allah Yang Maha Esa...

Wednesday, July 28, 2010

Rahmat Untuknya

Sudah berminggu-minggu dia resah gelisah. Dia terasa lain. Dia canggung dengan cara hidupnya sendiri. Rutinnya selama ini tidak lagi memberi kepuasan di hatinya. Tidak lagi mampu membuat dia tersenyum. Malah, hanya menambahkan kekusutan di fikirannya. Paling kronik apabila rutin-rutin yang dahulunya amat dia senangi, kini hanya buat dia mengalirkan air mata.

Dia nekad. Dia perlu meleraikan kekusutan itu. Sebulan lamanya dia merantau. Mencari arah tuju yang baru. Walaupun jauh dia tersesat, dia tidak berputus asa. Lurah dituruni, gunung didaki, dia tetapkan hatinya.

Allah Maha Pengasih. Maha Penyayang. Dia tiba di satu negeri yang amat asing. Dia tidak mengenali sesiapa di sana. Namun, kehadirannya disambut mesra. Kebajikannya terjaga. Amat berbeza makhluk negeri itu jika dibandingkan dengan manusia di negeri asalnya. Makhluk di negeri asing itu sentiasa berpakaian indah-indah, bibir sentiasa basah dengan zikrullah, sedangkan manusia di tempat asalnya sering berbau busuk dan gemar memakan daging yang busuk. Dia tidak terkecuali. Mungkin itulah punca batinnya terseksa dan tidak mampu lagi untuk mencerap rutinnya. Tidak mampu lagi merasa bahagia dengan rutin yang gila itu. Ah, beza mereka bagaikan langit dan bumi.

Di negeri asing itu, dia juga mendapat tarbiyah setiap hari. Tarbiyah yang membuat dia menangis saban malam. Menangis mengenangkan tanda-tanda kebesaran Allah, mengenangkan betapa Pemurahnya Sang Khaliq terhadap dirinya. Lebih membuatkan hatinya sayu, kekusutannya serta-merta hilang tatkala kakinya menjejak tanah negeri itu. Diganti dengan kesuburan dan ketenangan hati. Dia berazam untuk tidak kembali ke negeri tempat tumpah darahnya. Negeri asalnya. Kerana tiada ketenangan dan kebahagiaan di sana. Walaupun dia terpaksa mengorbankan dunia dan isinya. Dia berdoa minta dikuatkan hatinya. Kerana dia tahu, pahit pengorbanan itu bersifat sementara, tetapi syurga Allah itu abadi...

Doa Ketika Sakit Kepala

Jika anda merasa sakit kepala, berdenyut-denyut ataupun pening, bacalah ayat 19 surah al-Waqiah tiga kali, lalu tiupkan pada tapak tangan dan disapu di bahagian yang sakit itu. Ayat itu bermaksud :"Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk".

Info ini saya dapati dari ceramah di tv9 pukul 7pagi setiap hari bekerja. Berbaloi juga on tv pada waktu pagi.

Sunday, July 25, 2010

Terima Kasih Ibu

Hatinya sayu mengenangkan ibu di rumah. Segalanya dibentangkan di hadapan matanya tanpa terkecuali. Dia terharu mengenangkan semuanya. Sebak dadanya.

"Hari ni besday adik. Ambillah rantai emas ni, hadiah dari ibu," bersama senyuman di bibir tua itu.

"Wah, cantiknya gelang ni, bu!" dia terpegun dengan sinaran gelang itu. "Adik takde gelang, adik ambil la gelang ni," amat bersahaja ayat-ayat yang dilontarkan oleh si ibu.

"Eh, macam teringin pengat la ibu," dia merengek manja. "Pergi la pasar beli bahannya," sahut si ibu. Sejam kemudian pengat sudah siap terhidang di atas meja. Dia cuma menjadi assistant membantu menyediakan bahan-bahan.

"Ibu tengok laptop adik asyik bermasalah je? Insyaallah lagi dua, tiga bulan, adik tukar desktop je lah ye?" dia ternganga. Tidak pernah dia mengeluh tentang laptopnya itu. Apa lagi mahu minta diganti baru. "Erm, tak perlu kot bu..." lembut dan perlahan dia menjawab. Hampir tidak terdengar.

"Ibu, bestnya ada kereta, mudah untuk adik buat kerja," indah angan-angannya. Si ibu lantas menjawab, "InsyaAllah tahun depan ye dik. Sabar je," Dia terkedu. Kata-katanya bukanlah serius, tetapi si ibu benar-benar berjanji padanya.

"Ibu, adik nak pinjam duit RM50 boleh?" tergelak si ibu mendengar soalannya. "Adik nak buat apa dengan duit RM50 tu?" "Adik nak beli t-shirt labuh dua helai petang ni," "Adik nak ambil duit dari mana untuk bayar semula pada ibu?" Dengan malu-malu dia menjawab, "Adik ada simpanan dalam bank". Si ibu ketawa lagi. "Bukan duit itu pun dari ibu ke? Ambil je duit ni, tak perlu pinjam-pinjam,". Dia terdiam lagi. Sayu.

"Ibu, adik nak tambah lagi 1 telekung, mudah untuk diganti-ganti sewaktu di U nanti," pintanya. Ibunya menjawab tenang, "Ok, bawalah telekung di dalam almari tu,".

"Ibu, adik nak dodol tu," sekelipan dodol dihulur, tanpa si ibu sedar, anaknya yang lebih tua telah lebih awal meminta dodol tersebut. Perhatian si ibu ini sememangnya sedari awal dulu lebih kepada 'adik' ini. Mungkin kerana dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.

Ah, terlalu banyak untuk diingat. Tidak terkira banyaknya jasa dan pengorbanan ibu terhadap dirinya. Dia takut tidak sempat membalas segalanya. Dia hanya berharap dia mampu menggembirakan ibunya, selagi dia masih berkesempatan melakukannya.

Segala yang dipinta, akan terbentang di depan mata. Ibunya berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala keinginannya. Untuk memberi keselesaan padanya. Dia pernah terdengar perbualan si ibu dengan kakaknya, ibu tidak mahu ketiadaan kasih sayang seorang ayah menggugat kebahagiaan hidupnya. Ibu tidak mahu adik berfikir, kerana ketiadaan ayah, adik tidak mampu hidup selesa. Ibu berharap segala yang ibu berikan mampu menghilangkan kesedihan adik kerana tidak mempunyai ayah sepertimana kawan-kawan adik yang lain. Kerana ibu tahu, tidak dapat tidak, sesekali terlintas juga perasaan cemburu dalam hatinya melihat kawan-kawan yang bahagia dengan keluarga yang sempurna, dengan ayah sebagai ketua keluarga.

Dia terharu dengan pengorbanan ibunya. Dia sedih, pilu. Dia amat berharap dia mampu membalas jasa ibunya. Seringkali dia berdoa agar Allah menghadiahi syurga buat ibunya di Sana nanti. Dia perlu ingat, ujian kesenangan itu lebih berat berbanding ujian kesukaran dalam hidup...

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Permintaan ibunya. Ah, dia buntu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia telah bertekad mahu membahagiakan ibunya, tetapi tanpa diduga, si ibu membuat permintaan yang seperti mustahil untuk ditunaikan. Ibu menjodohkannya dengan lelaki yang langsung tidak dia cintai. Dia buntu. Dia tidak mencintai lelaki itu, tetapi dia mahu membahagiakan ibunya. Setiap malam dia menangis mengadu pada Yang Maha Mendengar. Dia inginkan jalan keluar. Untuk mengingkari ibunya, dia tidak sanggup. Ibu adalah jantung hatinya. Tetapi, untuk bersetuju menerima lelaki itu, dia buntu. Dia masih sabar menanti jawapan daripada Yang Esa... Satu-satunya tempat dia bergantung...


Friday, July 23, 2010

Hipokrit

"Aman tak sanggup, Wawa... Aman tak sanggup nak berbahagia di atas penderitaan orang lain..." Tiba-tiba suara garau Norman terngiang-ngiang bagaikan halwa di telinga Najwa. Limpahan air matanya gagal dibentengi lagi. Biarlah. Sudah terlalu lama dia bertahan. Mungkin tangisan itu mampu menampal remuk di hatinya.

Pada awalnya, dia merasakan lelaki itu mulia. Mulia bagaikan malaikat barangkali, kerana Norman tidak betah untuk terus bersamanya kerana Mira masih menanti Norman. Mira menderita di atas kebahagiaan kisah cinta Norman dan Najwa.

Namun, setelah hampir dua bulan Najwa menjeruk perasaannya, menangisi kehilangan cinta monyet yang pernah dijulangnya dulu, dia bagaikan berdendam. Iblis dan syaitan berpesta girang pastinya, meraikan kejayaan menumpaskan seorang lagi anak Adam.

Najwa bukan tidak tahu tentang dosa pahala. Baginya, bukan mudah untuk menjaga hati, agar terhindar daripada masalah-masalah hati. Dendam, tidak memaafkan, benci. Semua itu hanyalah nafsu ammarah yang menjauhkan dia dari Yang Esa. Tetapi dia masih gagal memenangi hatinya untuk merelakan segala yang berlaku.

Bukankah penyatuan Norman dan Mira bererti keterlukaan di hatinya?

Bukankah gurau senda mereka menjadi racun dalam setiap desah nafasnya?

Bukankah kisah cinta mereka berdua bermaksud kebahagiaan Najwa diganti dengan penderitaan?

Bagaimana akal Norman berfikir?

Apakah tidak sama keadaannya, mereka berbahagia di atas penderitaan Najwa?

"Tergamak pula Norman berbahagia dengan Mira sedangkan aku di sini menderita kerana mereka," bisik hati kecilnya. Dia tahu kini, sejauh mana keikhlasan Norman yang kononnya mencintainya sepenuh hati. Dia tahu kini, semua kata di mulut lelaki itu hanyalah lakonan dan rekaan semata-mata. Bukanlah ikhlas dari lubuk hatinya. Hipokrit.

Najwa mengeluh perlahan. Sorotan matanya jauh ke jalan besar di hadapan rumahnya. Angin malam itu berhembus lembut meniup helaian rambutnya. Seakan mahu memujuk hatinya. Mahu mengeringkan butiran jernih di pipinya. Rembulan malam itu pula seakan-akan mengerti perit di hatinya, hanya meminjamkan cahaya suram sebagai latar malam itu. Perlahan dia mengatur langkah melewati serambi rumahnya, untuk masuk melelapkan matanya, cuba melupakan segalanya...

Sanah Helwah Ya Ummi

23rd July 2010

Hari ni besday mak saya. Erm, ucap besday kat mak pun malu-malu kucing... Biasa la, anak manja... Mula2 saya kumat-kamit je depan mak, tapi mak tak dapat tangkap. Mungkin kerana faktor usia mak. At last saya bisik kat telinga mak. Mak senyum saja. Bahagia sangat. Sgt2.

Apa hadiah untuk mak??? Kek? Mak tak suka makan kek. Baju? Hari ibu dah hadiahkan baju. Setiap tahun pulak tu hadiah hari ibu, mesti baju & tudung... At last, saya ucap je sambil tersengih-sengih.

Paling best, mak slalu lupa.

"Eh, hari ni ea besday mak?"

Hehehe. Sayang mak sgt2...

***20th August 2010, besday seseorg yg sgt bererti dlm hidup sy. yg meninggalkan byk kesan dlm hidup sy... selain mak saya... al-fatihah untuknya di sana...

Renungan Buatku & Wanita-wanita Semua....

wahaI anda yg bergelar wanita, cubalah fikirkan mungkin Tuhan sengaja mahu anda berjumpa dgn org yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila anda akhirnya menemui insan yg betul, anda akan tahu bagaimana untuk bersyukur dgn nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian itu..

siapa tahu DIA BUKAN INSAN TERBAIK UNTUK ANDA KERANA ANDA TERLALU BAIK UNTUKNYA, lalu anda dipisahkan untuk BERTEMU PULA DGN INSAN YG LEBIH BAIK LAGI SESUAI...

sebagai wanita anda perlu berani berdepan dgn semua cabaran. kalaupun anda tewas, itu bukan bererti akhir kpd kehidupan. TIDAK SEMESTINYA ORANG YG KITA SANGKAKAN TERBAIK UNTUK KITA SEBENAR-BENARNYA TERBAIK. kalau dia sudah sanggup tinggalkan andapada waktu ini, itu menunujukkan SIFAT TDK BERTANGGUNGJAWABNYA. itu menunujukkan sifat-sifatnya yg tidak baik.

adalah lebih baik dia meninggalkan anda sekarang daripada esok setelah anda bergelar isterinya. apabila dia meninggalkan anda hari ini, bererti dia membuka peluang kepada anda menilai siapa dia sebenarnya. dia memberi peluang kepada anda mendapatkan seorang yg lebih baik daripada dirinya. dia sendiri sudah menyatakan sikapnya yg angkuh itu. MENGAPA MESTI ANDA RUNTUH OLEH PERASAAN? sepatutnya pada waktu ini anda BERSYUKUR kepada TERLEPAS DARI SATU KEPURA-PURAAN....

***ni cuma copy paste jer, erm, x perlu kot citation, mcm kat U aku pulak nak cite2.. ni url je aku letak;

http://www.facebook.com/notes/aimi-cahaya-kasih/cinta-tak-semestinya-bersatu/383790163485

Saturday, July 17, 2010

Letih

Aku sudah terlalu letih
Letih dengan masalah dunia
Dahulu kuakui
Aku yang mencari masalah

Namun kini
Tatkala aku melangkah pergi
Pergi menjauhi masalah-masalah ini
Mereka bagai tak pernah memahami
Mereka bagai sengaja menjeratku
Tersungkur sama dalam permasalahan cinta
Yang sepatutnya tersimpul rapi antara mereka berdua
Tetapi aku tetap jua tersepit

Mengapa mereka bertindak kejam terhadapku?
Cukuplah segalanya dahulu
Tak ingin aku mengeruhkan suasana
Kerana aku bukan lagi aku yang mereka kenali...

Aku mahu hidup di dalam aku yang baru
Aku mahu berkawan dengan sahabat-sahabatku yang baru
Yang akan sentiasa menegur silapku
Yang akan sentiasa menasihati diriku
Yang mengajakku kepada amar makruf dan nahi munkar
Demi mencari redha Tuhanku...

Tuhanku
Bantulah aku
Menjauhi mereka yang menjauhkan aku dariMu
Aku hanyalah hambaMu yang lemah
Aku tak mampu melangkah tanpa pimpinanMu...

Tuhanku
Ampuni segala dosa dan kekhilafanku
Aku hambaMu yang penuh noda dan dosa
Berikan aku waktu
Untuk bersedia sebelum menemuiMu...

Monday, July 5, 2010

Ujian Itu Didikan Nurani

Sahabatku
Kenapa kamu lagi?
Dahulu kamu diuji
Kini kamu lagi
Mengapa berulang kali
Masih kamu yang diuji?

Jangan begitu duhai sahabat
Awas segala rungutanmu itu
Mungkin kan membawa padah padamu
Harus kamu ketahui
Kamulah insan yang terpilih
Mungkin kerana kasihNya
Mungkin juga kerana sayangNya
Kamu terpilih untuk diuji
Untuk menjalani didikan nurani
Menghalusi sikap, tabahkan hatimu
Untuk menjadi mukmin sejati
Sebagai silah dirimu dan Ilahi.

Maka seharusnya kamu bersyukur
Jika kamu diuji
Kerana ianya bukti
Allah masih menyayangi....

Wajah Itu Lagi

Kadangkala
Rindu itu menerpa lagi
Kadangkala
Wajah itu muncul lagi
Lantas
Memori hitam berputar kembali
Parut itu berdarah kembali

Tidak kunafi
Secebis sayang itu bersisa lagi
Bila kan lupus aku tak pasti
Apa yang kuyakini
Derita ini akan pergi
Pergi selamanya suatu hari nanti
Itu aku pasti...

Thursday, July 1, 2010

Serangan Tanpa Sedar


Sudah lama aku tidak ber'smart group' atau berusrah. Aku rindu. So hari ini ingin aku kongsikan input yang aku perolehi dari salah satu smart group yang aku hadiri.

Tanpa kita sedari, musuh-musuh Islam yang hasad, setelah gagal menghancurkan kita secara zahir, telah melancarkan serangan secara sembunyi-sembunyi. Serangan saraf yang kesannya lebih kronik berbanding serangan bersenjata.

Serangan '5S' itu ialah :

Sports


Dari apa yang kulihat, sukan banyak melekakan kita. Dari sukan jugalah ada di antara kita yang mengaku beragama Islam, tetapi lalai dan alpa dengan tanggungjawab dan batas-batas perbuatan yang telah digariskan. Contoh mudah kuambil, dalam musim World Cup sekarang ini, ada sahaja yang membuat taruhan, berjudi. Waktu solat pun sudah berterabur, entahkan tertunai atau tidak. Sanggup bersengkang mata demi menyaksikan perlawanan bola, tetapi tidak sanggup untuk bertahajjud. Parahnya kita dengan suntikan sports ini.


Sex

Ini satu lagi suntikan yang amat memilukan. Kalau kita tonton filem-filem Barat, rasanya mustahil untuk bertemu dengan filem yang tiada langsung scene yang mendorong ke arah seks. Aksi-aksi kotor itu perlu dijauhkan dari pandangan kita kerana perkara-perkara seumpama itu akan menggelapkan hati kita secara perlahan-lahan. Aksi-aksi tersebut akan menghakis perasaan malu dalam diri kita, seterusnya memberi keberanian kepada kita untuk cuba melakukan pula aksi-aksi tersebut. Ternyata perkara ini membawa kita jauh dari Allah, astaghfirullah.


Smoke


Berkali-kali sudah dikatakan, merokok itu makruh hukumnya. Dosa-dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi satu dosa besar. Samalah keadaannya dengan merokok yang hukumnya makruh. Hukum yang pada asalnya makruh, akan menjadi haram yakni berdosa apabila kita melakukannya. Lebih-lebih lagi rokok itu memudaratkan kesihatan kita. Kanser dan mandul, antara kesan negatif amalan merokok. Sikap perokok yang endah tak endah, buat tidak peduli, saban hari menyedut dan menghembus kepulan asap, adalah tanda mereka telah terpedaya dengan serangan saraf oleh kafir yang direjam. Dosa-dosa yang terhasil dari tabiat merokok ini barangkali mendinding mereka untuk menjalankan dakwah Islam, sebagaimana yang diseru untuk kita laksanakannya.

Screen

Seeiring dengan kemajuan teknologi, begitu jugalah dengan kemajuan dalam bidang hiburan. Setiap saat, ada saja filem, telenovela atau drama yang bertujuan melekakan kita dengan dosa-dosa kering. Sampaikan scene di dalam konti juga boleh ditayangkan untuk tontonan peminat. Perilaku deejay di dalam konti itu pun sudah mampu untuk membuat kita melekat di hadapan kaca televisyen.


Songs


Hurm, aku terkesima. Benar kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, setelah aku amat-amati, setelah aku perhatikan, 70% daripada lagu-lagu yang kita dengar, berunsurkan cinta, patah hati, kecurangan. Kebanyakan lagu-lagu tu memiliki senikata yang membuai jiwa, meruntun hati, yang membawa kta ke alam fantasi. Yang mana sedang dbuai cinta, akan terasa terawang-awang mendengar lagu-lagu cinta. Yang mana baru putus cinta, akan mengangislah mengongoi-ongoi mendengarkan lagu yang tepat mengenai diri.

Semua ini sebenarnya hanyalah muslihat musuh-musuh Islam untuk melemahkan kita. Dengan rancangan yang rapi dan strategi yang mantap, mereka telah berjaya melalaikan kita, umat Islam akhir zaman.


Seberapa ramai pemuda-pemuda kita yang berani menjadi panglima perang seperti Khalid Al-Walid?



Seberapa ramai pemudi-pemudi kita yang berani menjadi sayap kiri perjuangan Islam seperti Khaulah si pejuang misteri?



Kawan-kawan, marilah kita sama-sama menjadi Khalid Al-Walid juga Khaulah akhir zaman. Marilah kta sama-sama menjauhi 5 serangan saraf musuh-musuh Islam ini. Kesemua 5 elemen ini hanyalah hiburan semata-mata, bukan keperluan asas untuk hidup! Maka, apa perlunya untuk kita berhabis masa melayani nafsu yang berkehendakkan hiburan yang melalaikan ini?

Untuk kita menjauhi semua ini, tentulah kita akan terasa asing. Mana tidaknya, rata-rata manusia keliling kita melayani kesemua 5 elemen di atas. Tetapi kawan-kawan, perlu kita sedari, Islam itu datangnya dalam keadaan dagang (asing), dan pulangnya juga dalam keadaan dagang. Jadi, janganlah terasa takut jika kamu merasakan diri kamu asing, tidak seperti mereka yang melayan semua hiburan di dunia ini.

Perlu diingat, dalam aku menasihati kawan-kawan semua, sebenarnya aku sedang menasihati diriku sendiri.