Monday, October 31, 2011

Niat Sebagai Permulaan Amal

Malu bila mendengar ceramah ustaz yg terkena batang hidung sendiri baru2 ni.
Ingin kulakukan anjakan kebaikan.



Beramal hanya kerana Allah


Allah sebagai matlamatku
Rasul menjadi ikutanku
AlQuran adalah panduanku
Jihad itu jalanku
Mati di jalan Allah - cita2ku yg tertinggi

Wednesday, October 26, 2011

LoLa Si Merah Hitam


Lola dah balik kampung. 

Pertama kali basuh lola dgn tgn sendiri.

Waaaahh... Perasaan yg x dapat digambarkan dgn kata2.

Sungguh berbeza dgn hanta kedai basuh.

Byk jasa lola pada tuannya.

Pergi ke kelas. Lecture. Tutorial. KTM. Kuliah agama. byk lagi.

Terima kasih pd mak dan abg yg hadiahkan lola pdku.

Alhamdulillah. Sy akan terus cermat jaga lola

p/s: tunggu gambar kain pengelap n syampu khas lola

ni dia gambarnya:


:)



Monday, October 17, 2011

Baik atau Tak Baik?

Bismillah...

Seringkali ana terdengar orang kata 
"ala, org bertudung belum tentu baik. kadang2 lebih teruk dr org yg x bertudung"

Seringkali ana terdengar kata2 sebegini:
"Aku x sembahyang pun aku xde r busuk hati. Aku byk ape tolong kwn2 aku. bagi pinjam duit, tolong hantar g memane, bla bla bla"

Sahabat2,
Ingatlah 1 perkara
Orang yg menutup aurat x semestinya baik, tapi org yg baik sudah semestinya akan menutup aurat!

Sahabat2,
Fikirlah baik2
Orang yg solat x semestinya baik, tapi org yg baik pasti akan menunaikan solat. 

Kerana itu kewajipan kita sebagai seorang muslim...

P/S: Apa tunggu lagi? Jom sama2 jadi baik  :)

Thursday, August 11, 2011

Andai Aku Buta

Terlintas di fikiranku
Andai aku buta satu hari nanti
Apakah aku mampu bersyukur
Kerana Allah telah menutup satu pintu maksiat dari diriku

Apakah aku mampu bersyukur
Kerana telah terhindar dari maksiat mata
Membaca tulisan2 yg melalaikan
Melihat perkara2 dosa tanpa mencegahnya?
Tanpa menegurnya....?

Apakah aku mampu bersyukur Ya Allah....?
Akankah Kau salurkan kekuatan itu pdku...?

:(

Tuesday, July 5, 2011

Pengorbanan

Apa maksud berkorban?
Apa maksud pengorbanan??
Perlu sgt ke???

Pengorbanan akan datang bila kita terlalu mencintai sesuatu. Keluarga, kerjaya, agama, teman karib.
Banyak lagi...

Renungi kisah-kisah ini:

Kisah pertama:

Rasulullah saw menunggang unta bersama-sama Saidina Abu Bakar As-Siddiq di dalam satu perjalanan. Sekejap2 Saidina Abu Bakar menunggang di belakang Rasulullah, dan sekejap2 beliau memotong Rasulullah dan menunggang di hadapan. Kemudian beliau memperlahankan tunggangannya agar Rasulullah mendahuluinya. Setelah itu beliau memotong semula agar dapat mendahului Rasulullah.

Perkara ini berlulang di sepanjang perjalanan mereka. Lantas Rasulullah bertanya; 

"Ya Abu Bakar, apa kena dengan dirimu ini, sekejap di hadapan, sekejap di belakang?"

Jawab Abu Bakar;

"Wahai Rasul Allah, sesungguhnya apabila aku berada di belakangmu, aku runsing andai ada musuh yang menunggu di hadapan sana untuk menyerang dan membunuhmu dari arah hadapan. Lantas aku berkejaran untuk ke hadapanmu agar aku dapat menjaga keselamatanmu. Tetapi apabila aku berada di hadapanmu, aku bimbang pula andai ada musuh yg menyerang dari arah belakangmu. Lantas kuperlahankan tungganganku agar dapat berjaga di belakangmu."


* * * * * * * * * * * *


Kisah kedua:

Ketika Rasulullah saw tidur di pangkuan Saidina Abu Bakar di dalam Gua Thur, seekor ular keluar dari sebuah lubang. Lalu Saidina Abu Bakar menutup lubang tersebut dgn tgnnya. Lantas Saidina Abu Bakar dipatuk ular di tgnnya.

Menahankan kesakitan bisa ular tersebut, air matanya mengalir dan menitis ke pipi Rasulullah. Rasululllah terjaga dan bertanya;

"Wahai bapa mertuaku. Mengapa kamu menangis?"

Abu Bakar kemudiannya menjawab;

"Aku telah dipatuk ular," sambil menunjukkan tgnnya yg tercedera itu.

Lalu Rasulullah meludah pada bahagian yg dipatuk ular itu, diusap2 olehnya, dengan izin Allah, bisa tersebut hilang sebagai satu daripada mukjizat2 baginda saw.


* * * * * * * * * * * *

Subhanallah... Tingginya pengorbanan yg dilakukan oleh Saidina Abu Bakar.. Demi Nabi tercinta, demi kelangsungan dakwah Rasulullah saw kepada umat sejagat... Demi Islam agama kita...

Kita pula bagaimana??

Adakah kita:
1. Jenis tidak menjaga solat 5 waktu
2. Jenis yg liat mengeluarkan wang ringgit utk bersedekah
3. Jenis yg suka kepada maksiat

Andai inilah sikap kita, mustahil untuk kita boleh berkorban harta, jiwa dan nyawa demi Islam... kerana kita belum cukup sayangkan Islam!!!


Astaghfirullah... Minta dijauhkan dari kami Ya Allah, segala sifat2 mazmumah itu...

Thursday, June 2, 2011

Always Try To Be The Best

Bismillahirrahmanirrahim

"Shoot for the moon...  Even if you miss, you'll land among the stars"


InsyaAllah

Jadi, kita sebagai hambaNya perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja perkara, disertakan doa dan tawakkal kepada Allah.

Agar usaha kita itu dipandang Allah dengan pandangan rahmatNya.
Agar kita beroleh redhaNya.

Check list:
1. Berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa
2. Berusaha menjadi da'ie yang kompeten
3. Berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah
4. Berusaha menjadi pelajar yang berdisiplin dan menghormati guru
5. Berusaha menjadi pemimpin yang baik, juga pengikut yang baik
6. Berusaha menjadi sahabat yang baik kepada sahabat2
7. Berusaha menjayakan RAMADHAN DISCOVERY 1432H

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
(At-Taubah, 9:41)

Sunday, May 1, 2011

Exam Mode



Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama ana tak post apa2 dlm blog ni. Bila post, topic exam pulak kan. ^^

InsyaAllah final exam tinggal 4 hari lagi nak bermula. Kadang2 rasa nak menangis bila belajar tapi x faham2. Kekadang rase x nak masuk pun dewan exam nanti. Dengan ilmu yg terlalu cetek ini... 

TAPI

Kita perlu terus berusaha, kerana Allah tidak memandang pd hasil, tetapi usaha yg kita lakukan. Sejauh mana kita bersungguh2 dlm setiap usaha kita? Sedalam mana kita ikhlas berjuang?

Jadi, exam yg semakin menghampiri ini seharusnya menjadi motivasi untuk kita lebih memecut!!! Bukan untuk berpatah arang. InsyaAllah bantuan dariNya akan muncul. Bergantung kpd keyakinan kita kepadaNya...

Kebergantungan kepada Allah juga perlu ditingkatkan setinggi-tingginya. 


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami jundu2Mu,

Ya Majid, terangkanlah hati-hati kami,

Ya Wahhab, kurniakanlah kefahaman kepada kami,

Ya Karim, bantulah kami di dalam dewan peperiksaan nanti,

Ya Mujib, perkenankanlah doaku ini...

Segalanya demi ISLAM..

Sunday, March 20, 2011

Minat bersukan [VS] Syariat Allah...

Hari ni ana ingin bersantai. Tulisan pun santai sahaja.

Sedikit sharing. Semalam ana melepaskan ketagihan bersukan. Ana yg selama ini memegang position goalkeeper dlm hockey game, pertama kalinya menjadi striker. ^^ Agak tough kerana memerlukan stamina yg cukup tinggi. Menang tipis dengan 1 jaringan gol. Tapi cukup utk ana, kerana team ana bukan pemain hoki pun. Bidan terjun. So siapa la ana nak expect tinggi melangit pd mereka. Ukhwah yg baru tercipta lebih utama..

Puas bersukan selama 4-5 hari, ingatan ana mengimbau ke masa lalu. Mewakili bahagian matrikulasi, Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia [MSMM] menandingi maktab-maktab perguruan, kolej-kolej, IPTA, serta IPTS, yg kami namakan SIPMA. Bertempat di UUM, Sintok, Kedah. 

Sepanjang berada di dalam sesi latihan mahupun perlawanan, tidak sekalipun jurulatih mengingatkan tentang solat fardhu. Apa lagi solat sunat. Solat hajat, contohnya. Lebih daripada itu, waktu-waktu latihan dan perlawanan seringkali mengganggu waktu solat. Majlis perasmian di stadium pun dimulakan seawal jam 730pm. Bertolak ke stadium jam 715pm. Bila masanya utk ana bersolat maghrib?? Hanya 1 bas yg disediakan utk memunggah kami dari kolej kediaman ke stadium. Utk ana berjalan kaki, mmg mustahil. Jauh + tak tahu jalan.

Selain itu, ana teramat hairan bila kami, pemain wanita diberi pilihan untuk memakai skirt ataupun trousers. Apalah punya pilihan, sudah terang lagi bersuluh, kami semua penganut agama Islam. Waktu itu, ana begitu gusar dan pening bila majoriti player team ana memilih utk memakai skirt. Jika skirt jadi pilihan, sudah tentu hilanglah semua tudung-tudung mereka(bagi yg bertudung). Jantung berdetak laju, gusar sepanjang masa. Memang keluarga tak tahu, memang jauh drpd kawan-kawan ex sekolah agama, tapi ada yg sentiasa melihat. Memerhati. Rabbi. Itu punca kegusaran ana. Sehinggakan ana menangis pd malam itu. Sukarnya menegakkan syariat Allah bila kita merupakan golongan minoriti... Tapi alhamdulillah, atas beberapa concern (seperti skirt susah untuk ditempah dll), seluar panjang juga menjadi pilihan...

Tambah menyedihkan ana, tiada surau mahupun bilik kecil di stadium utk memudahkan kami bersolat. Ana sendiri, solat di hujung waktu. Bersolat Zohor pada pukul 400pm. Astaghfirullah. Betapa jahilnya ana pd waktu itu... Perkara ini amat menghancur luluhkan hati ana. Ramai player yg memang langsung tak solat sepanjang SIPMA berlangsung. Sebulan latihan, 2 minggu perlawanan. Waktu zohor dan asar sudah tentulah, setelah habis perlawanan, masing-masing mereka terbaring tidur. Tetapi waktu magrib pula, mereka memilih utk sama2 melepak di kafeteria sehingga azan Isyak berkumandang. Jurulatih bukan setakat tidak menegur, malah mereka turut serta! Mahu harapkan siapa untuk menegur mereka2 ini? Untuk ana, beberapa orang pemain sahaja yg mampu ana tegur, yg mana agak rapat dgn ana dan memiliki kefahaman ttg kewajipan.. Zalim.

Satu lagi kelemahan sukan ini, iaitu percampuran antara muslimin dan muslimat. Sakit mata yg memandang bila terdapat player2 yg memadu cinta. Astaghfirullah.

Sahabat sekalian, ianya bukanlah mustahil utk memulakan program sukan selepas bersolat terlebih dahulu. Contohnya, mulakan perlawanan selepas pemain sempat utk bersolat Zohor. Kemudian apabila masuk waktu Asar, berehat seketika utk bersolat Asar. Malah, solat jemaah juga boleh dilakukan beramai-ramai. Bukankah itu yg terbaik?!  Insyaallah program itu akan lebih dirahmati dan diredhai Allah.. Lebih daripada itu, sukan ini sepatutnya mengasingkan antara muslimin dan muslimat. Bukankah percampuran manusia berbeza jantina ini mengundang syaitan2 utk datang menghasut? Zina didekati dengan senyuman...

Secara tuntasnya, ingin ana tekankan di sini, SPORTS sememangnya menjadi salah satu medium untuk kafir laknatullah merosakkan saraf fikiran kita. Perkara mudah menjadi susah. Perkara wajib dikesampingkan. Perlakuan sebegini sememangnya mengundang murka Allah. Nauzubillah...

p/s: rasa simpati pada mana-mana individu yg berjiwa sukan seperti ana, tetapi menghadapi masalah sebegini. Simpati kerana ana pernah merasainya. Perit. 

Wallahuallam...

Thursday, March 10, 2011

Point To Ponder

Imam al-Junaid pernah berkata:

"Tanda orang yang cintakan Allah adalah sentiasa bersemangat dan cergas dalam melakukan amal ibadah dan hatinya tak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya"

Macamane tu?
Jom muhasabah diri.

Sunday, February 13, 2011

Without You...


Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?

I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You

SAMI YUSUF

Looking Forward

Pity to you
Feeling sorry too
There is nothing that I can do

I can't turn back the time
And I would not hurt people in my life in any chances
As I learn from the best
To be cruel to step forward, leaving you behind...

Monday, January 24, 2011

Tanggungjawab

Semakin jauh aku melangkah
Semakin banyak pula yg kupelajari

Semakin luas mataku memandang
Semakin besar pula tanggungjawab yg kugalasi

Semakin aku cuba berhati-hati
Semakin byk dugaan dan keterlukaan di hati

Semakin aku keseorangan
Semakin aku berfikir tentang kesilapan diri

Aku tidak meminta
Aku juga tidak mampu menolak
Kali ini
Aku teragak-agak dengan tanggungjawab yg diberi
Apakah aku layak?
Apakah aku mampu?
Aku insan yg penuh dosa, Ya Allah..

Dalam pada ku berperang dgn suara hatiku
Aku terpandang kata2 seorang sahabat


"Kadangkala, Allah berikan kepada kita, apa yang kita tidak layak untuknya. Bukan untuk kita merasa terseksa dan terpaksa. Lemah dan rasa tak berdaya. Tetapi Allah mahu kita naik, pada tahap yang dikehendakiNya, sehingga layak untuk kita apa yang telah diberikanNya"

Yg sedikit sebanyak memujuk hatiku...
Ia juga membuatku kembali berfikir
Tujuan manusia diciptakan...
1. beribadat kpd Allah
2. menjadi khalifah
3. amar makruf nahi munkar

....


note: takut menjadi ketam yg mengajar anaknya berjalan