Sunday, May 1, 2011

Exam Mode



Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama ana tak post apa2 dlm blog ni. Bila post, topic exam pulak kan. ^^

InsyaAllah final exam tinggal 4 hari lagi nak bermula. Kadang2 rasa nak menangis bila belajar tapi x faham2. Kekadang rase x nak masuk pun dewan exam nanti. Dengan ilmu yg terlalu cetek ini... 

TAPI

Kita perlu terus berusaha, kerana Allah tidak memandang pd hasil, tetapi usaha yg kita lakukan. Sejauh mana kita bersungguh2 dlm setiap usaha kita? Sedalam mana kita ikhlas berjuang?

Jadi, exam yg semakin menghampiri ini seharusnya menjadi motivasi untuk kita lebih memecut!!! Bukan untuk berpatah arang. InsyaAllah bantuan dariNya akan muncul. Bergantung kpd keyakinan kita kepadaNya...

Kebergantungan kepada Allah juga perlu ditingkatkan setinggi-tingginya. 


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami jundu2Mu,

Ya Majid, terangkanlah hati-hati kami,

Ya Wahhab, kurniakanlah kefahaman kepada kami,

Ya Karim, bantulah kami di dalam dewan peperiksaan nanti,

Ya Mujib, perkenankanlah doaku ini...

Segalanya demi ISLAM..