Monday, January 24, 2011

Tanggungjawab

Semakin jauh aku melangkah
Semakin banyak pula yg kupelajari

Semakin luas mataku memandang
Semakin besar pula tanggungjawab yg kugalasi

Semakin aku cuba berhati-hati
Semakin byk dugaan dan keterlukaan di hati

Semakin aku keseorangan
Semakin aku berfikir tentang kesilapan diri

Aku tidak meminta
Aku juga tidak mampu menolak
Kali ini
Aku teragak-agak dengan tanggungjawab yg diberi
Apakah aku layak?
Apakah aku mampu?
Aku insan yg penuh dosa, Ya Allah..

Dalam pada ku berperang dgn suara hatiku
Aku terpandang kata2 seorang sahabat


"Kadangkala, Allah berikan kepada kita, apa yang kita tidak layak untuknya. Bukan untuk kita merasa terseksa dan terpaksa. Lemah dan rasa tak berdaya. Tetapi Allah mahu kita naik, pada tahap yang dikehendakiNya, sehingga layak untuk kita apa yang telah diberikanNya"

Yg sedikit sebanyak memujuk hatiku...
Ia juga membuatku kembali berfikir
Tujuan manusia diciptakan...
1. beribadat kpd Allah
2. menjadi khalifah
3. amar makruf nahi munkar

....


note: takut menjadi ketam yg mengajar anaknya berjalan