Sunday, March 20, 2011

Minat bersukan [VS] Syariat Allah...

Hari ni ana ingin bersantai. Tulisan pun santai sahaja.

Sedikit sharing. Semalam ana melepaskan ketagihan bersukan. Ana yg selama ini memegang position goalkeeper dlm hockey game, pertama kalinya menjadi striker. ^^ Agak tough kerana memerlukan stamina yg cukup tinggi. Menang tipis dengan 1 jaringan gol. Tapi cukup utk ana, kerana team ana bukan pemain hoki pun. Bidan terjun. So siapa la ana nak expect tinggi melangit pd mereka. Ukhwah yg baru tercipta lebih utama..

Puas bersukan selama 4-5 hari, ingatan ana mengimbau ke masa lalu. Mewakili bahagian matrikulasi, Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia [MSMM] menandingi maktab-maktab perguruan, kolej-kolej, IPTA, serta IPTS, yg kami namakan SIPMA. Bertempat di UUM, Sintok, Kedah. 

Sepanjang berada di dalam sesi latihan mahupun perlawanan, tidak sekalipun jurulatih mengingatkan tentang solat fardhu. Apa lagi solat sunat. Solat hajat, contohnya. Lebih daripada itu, waktu-waktu latihan dan perlawanan seringkali mengganggu waktu solat. Majlis perasmian di stadium pun dimulakan seawal jam 730pm. Bertolak ke stadium jam 715pm. Bila masanya utk ana bersolat maghrib?? Hanya 1 bas yg disediakan utk memunggah kami dari kolej kediaman ke stadium. Utk ana berjalan kaki, mmg mustahil. Jauh + tak tahu jalan.

Selain itu, ana teramat hairan bila kami, pemain wanita diberi pilihan untuk memakai skirt ataupun trousers. Apalah punya pilihan, sudah terang lagi bersuluh, kami semua penganut agama Islam. Waktu itu, ana begitu gusar dan pening bila majoriti player team ana memilih utk memakai skirt. Jika skirt jadi pilihan, sudah tentu hilanglah semua tudung-tudung mereka(bagi yg bertudung). Jantung berdetak laju, gusar sepanjang masa. Memang keluarga tak tahu, memang jauh drpd kawan-kawan ex sekolah agama, tapi ada yg sentiasa melihat. Memerhati. Rabbi. Itu punca kegusaran ana. Sehinggakan ana menangis pd malam itu. Sukarnya menegakkan syariat Allah bila kita merupakan golongan minoriti... Tapi alhamdulillah, atas beberapa concern (seperti skirt susah untuk ditempah dll), seluar panjang juga menjadi pilihan...

Tambah menyedihkan ana, tiada surau mahupun bilik kecil di stadium utk memudahkan kami bersolat. Ana sendiri, solat di hujung waktu. Bersolat Zohor pada pukul 400pm. Astaghfirullah. Betapa jahilnya ana pd waktu itu... Perkara ini amat menghancur luluhkan hati ana. Ramai player yg memang langsung tak solat sepanjang SIPMA berlangsung. Sebulan latihan, 2 minggu perlawanan. Waktu zohor dan asar sudah tentulah, setelah habis perlawanan, masing-masing mereka terbaring tidur. Tetapi waktu magrib pula, mereka memilih utk sama2 melepak di kafeteria sehingga azan Isyak berkumandang. Jurulatih bukan setakat tidak menegur, malah mereka turut serta! Mahu harapkan siapa untuk menegur mereka2 ini? Untuk ana, beberapa orang pemain sahaja yg mampu ana tegur, yg mana agak rapat dgn ana dan memiliki kefahaman ttg kewajipan.. Zalim.

Satu lagi kelemahan sukan ini, iaitu percampuran antara muslimin dan muslimat. Sakit mata yg memandang bila terdapat player2 yg memadu cinta. Astaghfirullah.

Sahabat sekalian, ianya bukanlah mustahil utk memulakan program sukan selepas bersolat terlebih dahulu. Contohnya, mulakan perlawanan selepas pemain sempat utk bersolat Zohor. Kemudian apabila masuk waktu Asar, berehat seketika utk bersolat Asar. Malah, solat jemaah juga boleh dilakukan beramai-ramai. Bukankah itu yg terbaik?!  Insyaallah program itu akan lebih dirahmati dan diredhai Allah.. Lebih daripada itu, sukan ini sepatutnya mengasingkan antara muslimin dan muslimat. Bukankah percampuran manusia berbeza jantina ini mengundang syaitan2 utk datang menghasut? Zina didekati dengan senyuman...

Secara tuntasnya, ingin ana tekankan di sini, SPORTS sememangnya menjadi salah satu medium untuk kafir laknatullah merosakkan saraf fikiran kita. Perkara mudah menjadi susah. Perkara wajib dikesampingkan. Perlakuan sebegini sememangnya mengundang murka Allah. Nauzubillah...

p/s: rasa simpati pada mana-mana individu yg berjiwa sukan seperti ana, tetapi menghadapi masalah sebegini. Simpati kerana ana pernah merasainya. Perit. 

Wallahuallam...

Thursday, March 10, 2011

Point To Ponder

Imam al-Junaid pernah berkata:

"Tanda orang yang cintakan Allah adalah sentiasa bersemangat dan cergas dalam melakukan amal ibadah dan hatinya tak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya"

Macamane tu?
Jom muhasabah diri.