Tuesday, July 5, 2011

Pengorbanan

Apa maksud berkorban?
Apa maksud pengorbanan??
Perlu sgt ke???

Pengorbanan akan datang bila kita terlalu mencintai sesuatu. Keluarga, kerjaya, agama, teman karib.
Banyak lagi...

Renungi kisah-kisah ini:

Kisah pertama:

Rasulullah saw menunggang unta bersama-sama Saidina Abu Bakar As-Siddiq di dalam satu perjalanan. Sekejap2 Saidina Abu Bakar menunggang di belakang Rasulullah, dan sekejap2 beliau memotong Rasulullah dan menunggang di hadapan. Kemudian beliau memperlahankan tunggangannya agar Rasulullah mendahuluinya. Setelah itu beliau memotong semula agar dapat mendahului Rasulullah.

Perkara ini berlulang di sepanjang perjalanan mereka. Lantas Rasulullah bertanya; 

"Ya Abu Bakar, apa kena dengan dirimu ini, sekejap di hadapan, sekejap di belakang?"

Jawab Abu Bakar;

"Wahai Rasul Allah, sesungguhnya apabila aku berada di belakangmu, aku runsing andai ada musuh yang menunggu di hadapan sana untuk menyerang dan membunuhmu dari arah hadapan. Lantas aku berkejaran untuk ke hadapanmu agar aku dapat menjaga keselamatanmu. Tetapi apabila aku berada di hadapanmu, aku bimbang pula andai ada musuh yg menyerang dari arah belakangmu. Lantas kuperlahankan tungganganku agar dapat berjaga di belakangmu."


* * * * * * * * * * * *


Kisah kedua:

Ketika Rasulullah saw tidur di pangkuan Saidina Abu Bakar di dalam Gua Thur, seekor ular keluar dari sebuah lubang. Lalu Saidina Abu Bakar menutup lubang tersebut dgn tgnnya. Lantas Saidina Abu Bakar dipatuk ular di tgnnya.

Menahankan kesakitan bisa ular tersebut, air matanya mengalir dan menitis ke pipi Rasulullah. Rasululllah terjaga dan bertanya;

"Wahai bapa mertuaku. Mengapa kamu menangis?"

Abu Bakar kemudiannya menjawab;

"Aku telah dipatuk ular," sambil menunjukkan tgnnya yg tercedera itu.

Lalu Rasulullah meludah pada bahagian yg dipatuk ular itu, diusap2 olehnya, dengan izin Allah, bisa tersebut hilang sebagai satu daripada mukjizat2 baginda saw.


* * * * * * * * * * * *

Subhanallah... Tingginya pengorbanan yg dilakukan oleh Saidina Abu Bakar.. Demi Nabi tercinta, demi kelangsungan dakwah Rasulullah saw kepada umat sejagat... Demi Islam agama kita...

Kita pula bagaimana??

Adakah kita:
1. Jenis tidak menjaga solat 5 waktu
2. Jenis yg liat mengeluarkan wang ringgit utk bersedekah
3. Jenis yg suka kepada maksiat

Andai inilah sikap kita, mustahil untuk kita boleh berkorban harta, jiwa dan nyawa demi Islam... kerana kita belum cukup sayangkan Islam!!!


Astaghfirullah... Minta dijauhkan dari kami Ya Allah, segala sifat2 mazmumah itu...