Thursday, April 22, 2010

Mari Bermuhasabah

“Hai orang2 yg beriman, jgnlah sekumpulan org lelaki merendahkan kumpulan yg lain, boleh jadi yg ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jgn pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yg direndahkan itu lebih baik. Dan jgnlah suka mencela dirimu sendiri dan jgn memanggil dgn gelaran yg mengandungi ejekan. Seburuk2 panggilan adalah (panggilan) yg buruk sesudah beriman dan barangsiapa yg tdk bertaubat, maka mereka itulah orang2 yg zalim.” (Al-Hujurat : 11)

Assalamualaikum serta selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Berdasarkan kalamullah di atas, hari ini hatiku tergerak untuk menyentuh isu yang kurasa amat sinonim dengan remaja kita pada hari ini.

Menggelar kawan-kawan dengan gelaran yang tidak elok, yang mengundang orang yang mendengar untuk mentertawakannya.

Menghina atau memperlekeh pemikiran dan idea kawan-kawan dengan bangga kerana merasakan pemikiran diri sendiri adalah yang terbaik.

Kerap kuperhati, keadaan-keadaan ini lebih banyak terjadi dalam kalangan remaja lelaki. Mereka sewenang-wenangnya mengutuk dan memalukan kawan-kawan mereka walaupun di hadapan orang yang tidak mereka kenali.

Aku sendiri pernah mengalami situasi ini. Aku digelar 'babi' dan 'anjing' oleh kawanku yang meminta aku untuk mengajarnya.

Aku juga remaja masa kini. Aku tahu, jika aku naik berang, aku dikatakan kolot. Tidak sporting. Tidak open minded.

Di sebalik semua perlakuan itu, pernahkah remaja-remaja ini memikirkan tentang maruah dan kehormatan yang perlu dijaga? Dengan cacian dan makian yang dilontarkan, ia amatlah menjatuhkan maruah orang yang dimaki. Lebih-lebih lagi di hadapan orang awam yang rata-rata tidak dikenali. Kesan psikologi akan membuatkan mereka memandang serong bukan sahaja kepada orang yang memaki, malah orang yang dimaki turut akan dipandang negatif.

Aku tidak nampak sebarang kepentingan atau sebab yang munasabah untuk memanggil kawan-kawan dengan panggilan dan gelaran yang sebegitu. Sudah cukup indah nama yang diberikan oleh ibu dan ayah kita sewaktu baru sahaja mengenal dunia, tapi akhirnya tidak juga dimanfaatkan. Syuhada, Amira, Arman, Syafiqah. Bukankah indah nama-nama seperti ini? Lengkap dengan maksud yang tersendiri, yang mencerminkan kekuatan dan keistimewaan sesorang itu. Mengapa perlu ditukar dengan panggilan yang buruk dan menyakitkan hati?

Apakah punca sebenar remaja berperlakuan menggelar dan menghina kawan-kawan mereka? Adakah ia lahir dari perasaan hasad? Benci? Dendam? Di mana letaknya nilai-nilai murni dalam kehidupan? Apakah nilai yang ada dalam diri setiap remaja ini jika mereka hanya tahu bagaimana untuk memuaskan hati mereka dengan melakukan perkara seperti ini? Mungkin ada yang merasakan permasalahan ini terlalu remeh untuk dibincangkan. Tetapi perkara-perkara kecil seperti inilah yang akan membawa kepada perkara yang lebih besar. Di sinilah titik tolak permulaan kisah anak yang derhaka, meninggi suara di hadapan orang yang lebih tua, pelajar IPT berlaku biadap terhadap pensyarah, dan banyak lagi masalah-masalah yang lebih kronik.

Perlu diingat, tingkah laku yang kita tonjolkan mencerminkan hati kita. Sahsiah dan budi adalah cerminan hati.

Jika remaja zaman kita sudah begini, bagaimana dengan remaja di zaman anak-anak kita kelak?

Fikirkanlah

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (Al-'Asr:1-3)

Segala yang aku kongsikan di sini pertamanya untuk diriku sendiri, juga rakan-rakan semua.

Do I have Any Problems?

Do I have any problems?

I can see my weaknesses

Why do I refuse to know?

Why do I object to listen?

I am afraid of revealing the truth

The truth that might hurts me

As my journey is a long and hard one

As I have responsibilities given to me

Therefore I have to neglect the truth

That somehow will be a burden for me

A burden that affects my determination

A burden that steals my aspiration

A burden that damages my vision

A burden that blocks my dreams

As I have to fight in order to continue

Continue the journey called life

Wednesday, April 21, 2010

The Question Is Why

Why am I so stubborn?
Why don't I have discipline?
Why do I follow my heart for all time?
Where do I put my mind?

Why do I follow my heart for all time?
What do I want?
Why must I get what I want?
Where is the significance?
Because I don't see any...

What do I have to do?
Why can't I see the world?
Why don't I lend my hand?
As the world needs me
More than he does...

I have to change
I have to control myself
I have to have pride


Sunday, April 18, 2010

Harapan dan Penantian

Dunia ini,
Padat dengan onak,
Penuh dengan jalan,
lengkap dengan cabaran...

Hidup ini,
Tersilap jalan,
Hancurlah harapan,
Ranaplah impian,
Terpaksa melupakan,
Syurga yang diimpikan...

Semalam,
Ibarat sempadan,
Kujadikan ingatan,
Memberi kematangan.

Hari ini,
Tekad kutambahkan,
Usaha kugandakan,
Kejayaan kunantikan.

Esok,
Tidak kuharapkan,
Namun,
Penantian tetap kusediakan...