Wednesday, September 29, 2010

Nota Syukur Buat-Mu

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, hari ini berkali-kali aku menyungkur sujud ke hadrat-Mu. Sungguh aku terharu. Amat-amat terharu. Rahmat, rezeki, dan berkat dariMu amat kurasai. Tangisan hiba ini amat memeritkan bola mataku. Aku sungguh tidak tahu apa yang harus kulakukan selain sujud kepadaMu penuh syukur. Aku seakan-akan tidak mahu bangkit dari hamparan sejadah ini. Biar walau kuyup dibasahi air jernih yang mengalir deras ini. Biar walau aku lemas tidak bernafas dek tangisan syukur ini. Engkaulah yang selayaknya menerima segala puji-pujian dan ucapan syukur yang tidak terhingga.

Seminggu dua ini, kurasakan mulutku benar-benar masin. Apa saja yang kupinta, apa saja harapan dan keinginan yang terdetik di hati, begitu mudah kugapai.

Bermula dengan Gamelan Test pada hari Khamis minggu lepas. Aku tidak hafal not-not muzik empat baris itu, melainkan untuk baris yang pertama. Maka aku berdoa setiap saat sementara menunggu giliran agar aku mendapat undi bernombor 1. Sewaktu mencabut undi, aku tersentak melihat nombor baris yang tertera adalah nombor 1. Bermaksud aku akan diuji hanya menggunakan not baris pertama. Aku berjaya memainkan Gambang, Saron, Bonang dan Gendang dengan baik sekali. Segala puji bagi Allah.

Hari Jumaat, aku menguruskan persiapan jamuan makanan untuk satu Majlis Ilmu. Aku ditimpa musibah yang menguji kewanganku. Sewaktu aku kesal dan bersedih dengan diri sendiri, aku teringat kembali doa-doa yang aku panjatkan dua hari berturut-turut sebelum itu. Doa meminta ditingkatkan tahap kesabaran dan ketabahan dalam diri ini. Aku menyoal diriku sendiri, bukankah musibah dan ujian itu tidak lain hanyalah untuk menguji kesabaran dan ketabahanku? Bagaimana mahu dikabulkan permintaan itu tanpa diuji? Bagaimana harus diukur tahap kesabaran dan ketabahan andai tiada apa yang merunsingkan fikiran? Andai hati gembira sentiasa? Hanya dengan ujianlah aku dapat melatih diri menjadi lebih sabar dan tabah. Lantas aku tersenyum. Maha suci Allah.

Kemudiannya, aku sibuk dengan tugasan. Preparation untuk Clastic Test tidaklah semantap mana. Aku terlalu letih, tambahan pula fizikalku lemah gara-gara cuaca sejuk. Asma datang dan pergi berulangkali. Waktu test hari Selasa yang lalu, aku terkejut melihat soalan test tersebut. Hanya 10 soalan objektif untuk dijawab dalam masa 30minit. Allahuakbar. Tahap kesukarannya ialah sedarhana bagiku. Topik pula merangkumi tajuk-tajuk yang sempat aku study sepenuh hati. Sekali lagi aku terharu dan bersyukur.

Selain itu, sifat amarah aku dulu pernah membuat aku kehilangan sahabat akrabku. Aku memarahi dia yang hanya mengambil berat tentang aku. Namun, baru-baru ini usahaku menjernihkan keadaan mula membuahkan hasil. Sahabatku itu mula memberikan respons positif. Segala puji bagi Allah, aku berstukur kepadaMu...

Seterusnya, aku dapati Allah sentiasa mendengar rintihan hatiku, sentiasa menyaksikan air mataku, juga Allah sentiasa mengetahui apa yang tersimpan di lubuk hatiku. Sudah seminggu nama itu berlegar-legar di ruang mindaku. Aku rindukannya, aku ingin tahu apa khabarnya. Untuk menghubunginya, amat mustahil untuk kulakukan. Aku tidak mahu menimbulkan fitnah. Aku juga tidak mahu menjadi punca dia terleka dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin juga hamba Allah. Aku tidak mahu mengulang kesilapan 'Atikah binti Zaid dan suaminya, Abdullah bin Abu Bakar. Kecintaan mereka telah melekakan mereka untuk beribadah dan berjihad demi Islam. Lalu, setiap kali nama itu muncul di benak fikiranku, kepada Allah jualah aku hadapkan muka. Kepada Allah aku lepaskan kerinduan ini. Kepada Allau aku adu segala rasa di hatiku.

Wahai Yang Maha Pengurnia, apa lagi yang harus kulakukan bila jasadnya berdiri tegak di hadapanku petang tadi? Apa lagi yang harus kuucapkan bila dia, jasad yang kurindu, tersenyum melihatku? Aku terkejut tersangat-sangat. Bertanya khabar, dan aku berlalu pergi. Sungguh Ya Allah, waktu itu juga butir-butir jernih menitis ke bumi. Sepanjang jalan aku mengucapkan syukur, memujiMu. Hanya Engkau yang selayaknya menerima puji-pujian.

Selepas selesai solat Isyak tadi, aku mendapat panggilan telefon. Sungguh tidak ku terjangka, amaun di bankku telah bertambah jumlahnya. Bertambah dengan jumlah yang luar biasa. Hilang kerunsinganku tentang perbelanjaanku. Sekali lagi aku tersungkur sujud kepadaMu.

Sungguh aku yakini, Engkaulah Al-Wahhaab, Engkaulah Ar-Razzaaq... Engkaulah Maha Pemberi Kurnia, Engkaulah Maha Pemberi Rezeki...

Ya Allah, Engkaulah Al-'Aliim, Engkaulah As-Sami', Engkaulah Al-Basiir...

Aku beriman dengan segala sifat-sifatMu sebagai bukti kesempurnaanMu...

Aku akui, sungguh beruntung bagi orang-orang yang meletakkan pergantungan kepada Allah semata-mata setelah berusaha bersungguh-sungguh...

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang agung." (Surah At-Taubah, 9:129)

Aku akui, Engkau meneguhkan kedudukan sesiapa sahaja yang menolong agamaMu...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad ,47:7)

Sesungguhnya segala yang kulalui ini meningkatkan lagi keyakinan aku terhadapMu...

Allahuakbar!

Tuesday, September 21, 2010

Dunia Sebagai Persinggahan

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita memperbanyak bekalan untuk meneruskan perjalanan?

Kerana kita cuma ada satu persinggahan..."

****

Ringkas je ayat kat atas tu, tapi amat mendalam maksudnya untuk ana, juga untuk sahabat2 yg berfikir. Analoginya di sini, kalau sahabat mahu bermusafir dari Johor ke Perlis, dan ketika itu cuma 1 je R&R yang ada, apa tindakan yg akan sahabat ambil bila tiba di R&R tersebut? Sudah tentunya sahabat akan menggunakan satu2nya R&R itu dengan sebaik2nya. Mungkin sahabat akan membeli bekalan makanan, air juga. Sahabat juga mungkin akan menggunakan kemudahan toilet untuk melepaskan hajat dgn sebaik2nya. Setelah yakin dengan kecukupan bekalan dan berpuashati dgn keselesaan, barulah sahabat akan meneruskan perjalanan.

Begitu jugalah kehidupan kita. Dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata. Dunia adalah ladang akhirat. Di dunia inilah kita diberi peluang untuk mengumpul seberapa banyak amalan sebagai bekalan untuk kita menuju akhirat, sebagai token untuk kita melepasi pintu syurga.

Tapi sayangnya, zaman sekarang ni, apa yg sahabat2 dapat lihat? bagaimana keadaan kita umat Islam?

Apa yg ana lihat, kesibukan bekerja menjadi alasan untuk manusia beribadat kpd Allah. Tidak sempat. Apabila punyai waktu terluang, diisi pula dengan perkara sia2 seperti berbual kosong, mengumpat, tidur yg berlebihan, dan mencari keaiban orang lain, contohnya. Kekayaan dunia tidak digunakan di jalan Allah, sebaliknya diperhabis demi hiburan yg asyik melalaikan. Kemiskinan pula dijadikan tuduhan Allah bersikap tidak adil. (Layakkah kita sebagai hamba bersikap cerewet begini? Di mana kita letakkan rasa kesyukuran atas nikmat hidup yg Allah berikan?) Hendak bersedekah? Takut. Takut kesempitan wang bila tiba hujung bulan. Sedangkan Allah tidak pernah lupa melimpahkan rezekiNya kepada kita. Ini antara sikap mereka yg tidak yakin dengan janji Allah. Persoalannya, jika kita benar2 beriman dan bertaqwa kpd Allah, bolehkah kita punyai rasa sangsi terhadap Allah? Lebih teruk lagi bila ana menyaksikan sendiri keadaan manusia yang bertuhankan nafsunya. Apa kemahuannya, pasti dituruti. Mahukan harta. Tujuan hidupnya hanya kemahuannya. Sedangkan tujuan hidup orang yg beriman ialah MARDHATILLAH. Tetapi dia manusia yg tamakkan harta, minta dikurniakan harta, tetapi kikir menyumbangkan harta. Sedangkan, Allahlah yg mengurniakan harta. Dialah al-Wahhab (Maha Pemberi Kurnia) dan Dialah Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki).

Tepuk dada tanyalah usaha. Sejauh mana kita sudah berusaha mempersiap diri dengan bekalan untuk ke destinasi kita?

Sedikit sahaja yg ana kupas hari ini, sedangkan terlalu banyak lagi ragam manusia di luar sana. Fikirkanlah. Bersedialah. Kerana mungkin kita sudah terlalu hampir dengan destinasi kita. Apa bekalan kita untuk hidup di sana?
Berubahlah. Ayuh kita sama2 perbaiki diri dan kumpulkan amalan di persinggahan kita ini.

Sunday, September 19, 2010

The Pain

It is hard to pretend as nothing has happened...

There is pain inside the heart...

O'Allah, give me little strength to face this...

O'Allah open my heart to accept this...

O'Allah open my eyes to see something wider and wiser than this...

Replace her with anything else that is more precious for me and Islam...

Though I do love her, Your love for her is greater and most priceless...

O'Allah, The Most Powerful, help me to erase this pain...


Saturday, September 18, 2010

Pengorbanan Cinta Untuk CINTA

Kau tahu aku mencintaimu
Kau tahu isi hatiku
Namun tidak kau jauhiku
Malah, semakin kerap kau hubungiku
Semakin kerap kau mencariku

Aku resah gelisah
Bukan ini yang kupinta
Matlamatku hanyalah mardhatillah
Dan kau kusasarkan sebagai wasilah
Yang akan membawaku kepada redha Allah

Lalu kunekad memutuskan
Untuk mengorbankan cinta insan
Kerana ianya hanya melekakan
Dan membawaku menjauhi haluan
Tujuan sebenar aku dilahirkan

Asif ya akhi
Bukan niatku mahu melukai
Apatah lagi mengecilkan hati
Doaku sentiasa akan mengiringi
Ke mana sahaja kau pergi
Cintaku masih di hati
Walau kasih tidak terpateri

Kukorbankan cinta ini
Demi CINTA Illahi
Yang lebih suci mewangi

Kukorbankan cinta di hati
Kerana apa yang kuingini
Kita mendapat kejayaan hakiki
Beroleh Syurga nan abadi

Amin ya Rabbi

Friday, September 17, 2010

Doa Nabi Muhammad s.a.w.

Allahummaj'alni syakuran
Allahummaj'alni saburan
Allahummaj'alni fi 'aini saghiran
Allahummaj'alni fi 'aini naas kaburan
yang bermaksud:

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bersyukur
Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bersabar
Ya Allah, jadikanlah aku kecil di mataku
Ya Allah, jadikanlah aku besar di mata manusia lainnya

Doa ni mampu buat kita rendah hati dan tawaddhu', insyaAllah...

Thursday, September 16, 2010

Rindu PadaMu

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganMu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau Kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu

~Yasin~

Sunday, September 5, 2010

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Ana suka. Suka berziarah ke tempat orang. Ya lah, Jauh perjalanan, luas pemandangan. Pemandangan yang diertikan dengan pandangan, pengetahuan, dan keterbukaan fikiran. Dari Selangor ana memandu hingga ke Senawang, kemudian berhenti di Kuala Pilah. Berbual dengan orang negeri. Terasa jakun mendengar dialek mereka. (-.-)
Sekarang ana berada di Pahang, meninjau suasana kehidupan di sini. Banyak juga perbezaan dengan kehidupan di tempat ana, Simpang Renggam.
Sedikit perkongsian. Malam tadi ana berterawih di masjid Triang. Sempat ana memerhati sekeliling, semua jemaah muslimat terdiri daripada warga emas. Tiada seorang pun muslimat muda remaja di dalam saf. Sedangkan, sewaktu memandu ke masjid, ada sahaja kelihatan anak-anak muda berpasangan berjalan-jalan bersama.
Selepas witir 3 rakaat, ana bersalaman dengan warga emas di sini. Ana kucup tangan mereka, diikuti kucupan mesra di kiri kanan pipi mereka. Sudah terbiasa dengan sahabat-sahabat barangkali. Mereka kelihatan tersentuh. Paling terkesan, apabila makcik-makcik yang berdekatan yang melihat perilaku ana, mereka masing-masing berebut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ana. Mengelilingi ana, menunggu giliran untuk disalami. Mereka sibuk bertanya, "Anak ni anak siapa? Duduk di mana? Orang sini ke? Anak dah berkahwin ke? Siapa suaminya?" Paling kerap soalan yang ditanya ialah siapa mak ayah ana. Allahurabbi. Allahuakbar.
Tidak kurang dengan itu, mereka beriya-iya menjemput ana untuk bertamu ke rumah mereka. Jam menunjukkan angka 10, ana pula memandu sendirian ke masjid, khuatir pula tuan rumah bimbangkan keselamatan ana. Ana juga masih letih memandu. Jadi, ana hanya menolak lembut pelawaan mereka.
Ana tersentuh, perasaan sayu menguasai diri. Apa yang ana rasakan, warga-warga emas ini mahukan kasih sayang dan perhatian, lebih-lebih lagi daripada anak-anak muda, yang mereka harapkan menghormati mereka, yang kini kebiasaannya lebih mengutamakan hidup sosial masing-masing, hanyut dengan alam maya, mencari-cari waktu untuk bersukaria, mencuri kelapangan untuk merasai cinta monyet.
Betapa kita sudah mengabaikan mereka. Apa yang ingin ana tekankan, ingatlah sahabat-sahabat, kita juga akan menjadi tua, insyaallah. Kita juga akan punya zuriat, insyaallah. Adakah kita suka merasai kesepian, kesunyian? Adakah kita mahukan zuriat yang tidak endahkan ibu bapa, datuk dan nenek mereka apabila meningkat remaja? Hargailah mereka selagi kita diberi kesempatan untuk berbuat demikian...
Nasihat ini tidak terkecuali untuk diri ana juga...

Saturday, September 4, 2010

Iklan Aidilfitri TV3 Macam Krismas???

Saya baru je nak mula buat report event... Plus postmoterm... Plus assignment... Plus download nasyid sikit2.

Saya ni masih dlm proses peralihan, nak kawal darah muda yg cepat mendidih. Suhu 30 darjah pun sy da leh mendidih.

Tapi bila tengok video ni, hati meronta2. Marah yang teramat sangat... Siapa punya idea nie? Iklan ni tak lain hanya akan mengelirukan fikiran kanak-kanak tentang Islam...


video


Arghhh, buntu dengan TV3.

Hairan, pelik, aneh.

Tetapi segalanya benar.

Wednesday, September 1, 2010

Pembakar Semangat Sepanjang Hayat

Sesungguhnya kewajipan (tanggungjawab) itu lebih banyak berbanding masa yang kita ada.
Maka uruskanlah masa dengan sebaiknya...

Andai terasa lemah dalam perjuangan, ingatlah Allah sentiasa bersama kita.
Jangan khuatir, kita tidak berseorangan dalam medan ini.
Kita punyai sahabat seperjuangan di samping kita.
Allah sukakan orang yang berada di dalam jemaah (SUrah As-Saff:4)

Jika kita ikhlas membantu agama Allah, maka Allah akan mengukuhkan kedudukan kita (Surah Muhammad:7)

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita gandakan usaha kita. Semoga usaha yang kita lakukan beroleh kberkatan di dalamnya. InsyaAllah.

LTK memang perform.......!
(^^)

Jejak Uhud

Tempuh setiap hari perjuangan kita
Sibuk cari rezeki kejar cita-cita
Bila berkemenangan kan riang gembira
Bila berkegagalan, apa orak kita?

Uhud jadi renungan kekalahan kita
Tiada kemenangan emosi dan minda
Awas nafsu menggoda cinta pada harta
Ingkar pada perintah terjerat akhirnya

Kemenangan dalam kekalahan
Kesenangan dalam kesusahan
Ada sinaran dalam kegelapan
Penyelesaian dalam penghalangan
Kemerdekaan dalam penjajahan
Kekuatan dalam kelemahan
Sepakatan dari berpecahan
Kebangkitan dalam kesenyapan

Sentiasa di mana dugaan melanda
Punya teman setia perosak rupanya
Berlumba berkejaran dunia semata
Wujud diri di dunia tiada tujuan

Muslihat yang menjajah umat yang dihina
Khalifah kita di dunia amanah suci Nya
Kebolehan yang ada usah dipersia
Bangun terus mencuba berjuang bersama

Nur Irsyad