Sunday, June 27, 2010

Anak-anak Buahku

Amir Faiz

Sudah lama aku tidak menggalas position babysitter sehinggalah kakakku diarahkan berkursus di Seremban kelmarin. Tiga hari mengambil alih tugas si ibu, amat membuatku tidak sabar untuk memiliki zuriat sendiri. Lihat sajalah kini, baru beberapa jam aku meninggalkan mereka, hatiku sudah separuh rindu. Aku rindu kemanjaan mereka, aku rindu ketulusan kasih sayang mereka.

Elia Sara & Ilia Huda

Apa tidaknya, gelak tawa mereka yang sangat mesra, pandangan mata yang suci tanpa dosa, peluk manja dari mereka, amat buat ku terharu. Inilah sebab kadangkala hatiku berat untuk memulakan tugas mengasuh, kerana aku akan terus merindu.

Elia Sara & Alia Nuha

Aku terlalu menyayangi mereka, kanak-kanak yang naif. Tugas mengasuh hanya akan membuat hatiku memberontak mahukan anak! Sedangkan kutahu, karut untuk aku memilikinya buat masa ini.


Waktu yang paling mendamaikan hatiku ialah ketika kanak-kanak ini melelapkan mata mereka. Terasa suatu perasaan yang amat menyentuh tangkai hatiku mengalir di segenap tubuh. Memerhati mereka buat aku terfikir tentang bukti-bukti kekuasaan Allah s.w.t. Aku bersyukur memiliki mereka. Amir, Alia, Huda dan Sara, Cik Tikah sangat sayangkan kamu semua.

p/s : anak-anak buah yang kat rumah embah tu, cik syg jugak, cumanya korang dah besar2 sgt. x feel.
;p

Wednesday, June 23, 2010

Jangan Hampiriku

Aduhai lelaki
Jangan kau buatku begini
Jangan kau hampiriku
Hanya untuk melukakanku
Tidak kuperlu belas darimu

Aduhai lelaki
Cukup sudah jarak kita
Jangan kau hampiriku
Hanya untuk meninggalkanku
Tidak kuperlu permainanmu

Aduhai lelaki
Perlukah engkau tahu?
Bahawa aku menyayangimu
Perlukah aku luahkan?
Bahawa aku menyanjungimu

Tentu tidak!
Jalan ini tekad dan bulat
Jalan ini pilihanku muktamad
Ke hujung nyawa akan kusemat
Perasaan ini berkubur dan lumat

Hanya satu pintaku darimu
Jangan kau hampiriku
Hanya untuk meninggalkanku
Cukup kau menjadi sahabatku
Tidak perlu menghampiriku...






Monday, June 21, 2010

Sacrifice

I have to sacrifice

For the purity in his deeds

And for good intentions that he seeks

For this feeling can't reach the highest

For this love is not eternal

Compared to His love

For this very moment

We both just need Him

More than anything else...

Sunday, June 20, 2010

Sekeping Hati

Duhai hati
Mengapa kelihatan sungguh lemah?
Jangan biarkan tekadmu rebah
Janjimu untuk terus sembunyi
Mana dia?
Mana janjimu?
Kau perlu terus sembunyi
Agar dia tidak tersasar
Tatkala pernah memandangmu
Tatkala dia mengetahui isi hatimu...

Friday, June 18, 2010

Anjakan Paradigma

Assalamualaikum.

Hari ini saya ada satu soalan cepumas.
Apa yang akan anda lakukan jika anda diberitahu nyawa anda akan diambil esok pagi?
Tell him /her that u love them so much?
Makan makanan kegemaran sepuas-puasnya?
Melakukan cubaan merompak bank?
Atau menangis ketakutan kerana tidak bersedia untuk bertemu janji Allah?

Adakah kita perlu lagak bersahaja, jika ajal sudah di depan mata?
Angkuh dan bongkaklah kita jika itu yang berlaku.

"Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dan berbaris. (Allah berfirman): sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada pertama kali, bahkan kamu menganggap bahwa Kami tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (berbangkit untuk memenuhi) perjanjian" - Surah al-Kahfi : 48

Jangan sampai ini yang berlaku. Kita perlu berusaha sehabis baik untuk berubah. Berubah kepada yang lebih baik sebagai persediaan menemui ajal. Cukuplah dengan perubahan sebesar hama setiap hari, sekurang-kurangnya.

Kalau hari ini kita lambat menunaikan solat fardhu, perbaiki.
Kalau hari ini sudah diperbaiki, tambahkan pula ibadat-ibadat sunat.

Yang pasti, hari ini perlu lebih baik daripada semalam.
Juga, segala amal PERLU ada istiqamah.
Amal yang tidak istiqamah dilakukan hanya akan menggugat ketenangan hati seseorang hamba Allah.

Mari lakukan anjakan paradigma.




Thursday, June 10, 2010

Tentang Solat

Syarat dan Rukun Sembahyang

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu. Jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
  • 1. Orang Islam.
  • 2. Menghadap arah Kiblat
  • 3. Suci dari Haid, Nifas dan Junub.
  • 4. Akil baligh
  • 5. Berakal.
  • 6. Melihat atau mendengar.
  • 7. Jaga (tidak tidur)
  • 8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang

  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
  • 2. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang

Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
  • 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  • 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  • 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  • 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  • 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  • 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
  • 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  • 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  • 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  • 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  • 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Friday, June 4, 2010

Kosong

Betul
Aku merasainya
Serasa tepat mengenai batang hidungku
Aku terasa kosong
Kosong sesungguh-sungguhnya
Aku juga punya keyakinan
Sahabatku ada berkata
Bahawa kosong itu punya nilai
Ada sebab mengapa aku diberi perasaan ini
Untukku kembali muhasabah diri
Mendiami hati yang sekeping ini
Dengan rasa takut dan syukur kepada-Nya...

Thursday, June 3, 2010

Tentang Cinta

Kupetik kata-kata Hamka..

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

Kepada mereka yang masih percaya, walaupun cinta telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya...

Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan...