Thursday, December 30, 2010

Sampaikan Pesanku Padanya

Angin malam yang bertiup 
Sampaikan pesanku padanya
Berpijaklah di bumi nyata
Sudahi anganmu yang sia-sia
Akhiri usahamu yang tidak bermakna

Bayu laut yang menghembus
Bisikkan pesanku padanya
Sejarah mengajar aku
Agar lebih berkeras
Agar lebih bertegas
Bisikkan padanya
Mudah bukan selamanya mudah
Segalanya telah menemui noktah

Wednesday, December 22, 2010

Teluk Batik

Waktu sampai, terus kami mulakan majlis. Al-Fatihah.

Sukaneka. Ana makan tepung waktu keluarkan gula2 dr tepung. x sedap.

Main 007 bang!, Pepsi cola, bola beracun.

Hehe ana paling mahir bab bola beracun, sebab ia hanya memerlukan ketangkasan badan bergerak.

007 bang? Erm, permainan ni selalu buat ana terkejut dan tersentak, so ana freeze. ZZzZ, kalah je.

Pepsi cola? Ana x pandai nak lompat. Uhuk2...





Meraikan kejayaan kami di dalam Khemah Ibadah Cuti Sekolah 2010...

Sangat seronok. Bersama sahabat2...

Semoga kami thabat dalam perjuangan Ya Allah, Ya Mujib...



Hehe... Istana pasir bentuk penyu. x sempat siap lagi head dah panggil utk last postmortem... T.T

Pertama kali buat istana pasir. Buat dgn Aiman.

Tgk depan mata macam cantik, bila tgk dlm pic ni, x cantik rupanya hasil keje ana. Huhu... Hampes....

Sebelum pulang, makan tengahari di sebuah restoren di Lumut. Menu nasi goreng seafood + carrot juice. Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan... ^^

Moga ukhuwah yg terjalin semakin erat dan membawa kepada redhaMu ya Tuhan...

Saturday, December 18, 2010

Layakkah Kita???




Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. 

(Surah al-Baqarah: ayat 186)


Kita disuruh untuk berdoa. Namun lumrah manusia, berdoa hanya setelah tersepit dan disepit. Waktu diberi kebahagiaan, jarang sekali kita bersyukur padaNya.

Renungan buat diri dan sahabat2...

Kita berdoa dan berharap agar Allah mengabulkan doa kita. Tapi pernahkah kita berfikir, adakah layak kita meminta agar dikabulkan doa dan dilunaskan hajat dan harapan kita? 

Sedang kita hambaNya jarang sujud padaNya. Jarang beribadah padaNya. Solat yg wajib pun hanya dilakukan di hujung waktu. Jarang berzikir mengingatiNya. Apa lagi ibadah2 sunat yg lain.

Sahabat2, siapa kita untuk merintih minta dikabulkan doa? Kita tak rapat dgn Tuhan kita. Kita tak kenal pun siapa Dia sebenarnya.

Sekadar tahu Dialah Pencipta? Dialah Tuhan? Adakah itu memadai? Adakah itu cukup untuk kita menagih simpatiNya????

Fikirlah ahabat2. Kita belum layak lagi untuk meminta dan mengharap doa dikabulkan. Kita bukan sesiapa. Kita bukan waliNya, bukan hamba yg sentiasa mengingatiNya.

Ayuh, ayuhlah berubah. Ayuh kita kenali Tuhan dengan lebih dekat. Ayuh dalami ISLAM yg indah. Ayuh kenali Sang Pencipta. Ayuhla sahabat2... Kembali padaNya, tinggalkan segala taghut. Dalam barisan yg teratur, kita sujud padaNya...


Friday, December 17, 2010

Panduan Dlm Memilih Kawan

Alqamah pernah berpesan kpd anaknya beberapa perkara dlm memilih sahabat:

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya, pasti dia akan melindungimu.

4.  Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Dalam menelusuri hidup ini, jangan kita hanya mencari sahabat yang miliki kesemua ciri-ciri di atas, tetapi berusahalah dlm menjadi sahabat sejati, yg miliki ciri-ciri tersebut...

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat...

Saturday, December 11, 2010

Momentum Negatif

Entah kenapa rindu untuk menulis blog. Ada idea. Ada bahan. Tetapi tiada kekuatan.

Bagaimana tu?

Harap2 perasaan ini hanya di sini. Hanya berpusat pada penulisan blog.

Ana tidak mahu pula momentum yg negatif ini merebak pada semangat juang ana untuk mendapatkan MARDHATILLAH... 

Katakanlah, "Jika bapak2mu, anak2mu, saudara2mu, isteri2mu, keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perdagangan yg kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yg kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik. (Surah At-Taubah, 9:24)

Jadi, ana perlu terus berjihad hingga ke akhir nafas...

Tuesday, November 30, 2010

Kerinduan....


Pandangan rakan2 sekelas terhadapku sewaktu menuntut di Matrikulasi pulau Pinang...
Kelas Lecturer Norhayati.

Sungguh, aku rindukan mereka semua... Odd, Yan, Bar, Kucai, Chomet...

Ramai lagi.

Ya Allah, ampunkan dosa2 kami,
Lapangkan dada kami atas segala ketentuanMu,
Terangkan hati kami,
Limpahi hidayah TaufiqMu kepada kami,
Jadikan kami org2 yg berjaya di dunia dan akhirat,
Jadikan kami hamba yg cintakan ibadat kepadaMu...

Masukkan kami dlm golongan org2 yg soleh,
Masukkan kami ke dlm Syurga FirdausMu,
Tanpa tertinggal seorg pun Ya Allah,
Kerana kami adalah satu...

Perkenankan Ya Mujib...

Mutiara Kata Ibnu Qayyum

Di dlm hati manusia ada kekusutan
Tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah

Di dlm hati manusia ada keganasan
Tidak akan hilang kecuali berjinak dgn Allah

Di dlm hati manusia ada kesedihan
Tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah

Di dlm hati manusia ada kegelisahan
Tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu, dan berjumpa denganNya

Di dlm hati manusia ada penyesalan
Tidak akan padam kecuali redha dgn suruhan dan laranganNya serta Qada' dan QadarNya

Di dlm hati manusia ada hajat
Tidak akan terbendung kecuali kecintaan kpdNya dan bermohon kpdNya

Kesentiasaan berzikir kpdNya adalah keikhlasan sebenar hamba kpd Sang Pencipta…

Friday, November 26, 2010

Kisah Nabi Musa a.s

Assalamualaikum sahabat2... Hari ni ana nak share pengetahuan baru ana ttg kisah nabi Musa a.s... Kisah yg jarang2 didengari dan amat menarik. Sebelum tu ana selitkan beberapa ayat dari Surah Thaaha yg biasa kita dengar dan amalkan:






Berkata Musa:` Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,






dan mudahkanlah untukku urusanku,






dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,







supaya mereka mengerti perkataanku,






dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,






(yaitu) Harun, saudaraku,






teguhkanlah dengan dia kekuatanku,






dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku,






supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,






dan banyak mengingat Engkau.


Sekarang mari kita teliti kisah di sebalik ayat2 di atas ni.


Diceritakan dahulu setelah Asiah berjaya melembutkan hati Firaun utk memelihara Nabi Musa a.s. dan tidak membunuhnya, raja kejam itu mula menyayangi si kecil Musa a.s. Namun suatu hari, sewaktu Firaun bersenda gurau menimang-nimang Nabi Musa a.s., Nabi Musa a.s. telah menarik janggut Firaun sehingga mendatangkan kemarahan raja zalim itu. Ingatannya serta merta berputar pd kata2 ahli nujumnya, "Kerajaanmu akan digulingkan oleh seorg kanak2 lelaki yg cerdas dan pintar akal fikirannya".

Lalu untuk menguji kecerdasan Nabi Musa a.s., Firaun meletakkan bara api dan makanan di hadapan Nabi Musa. "Jika Musa mengambil makanan, terbukti dia seorang kanak2 yg bijak. Lalu akan kubunuh dia. Tapi andai dia memilih bara api, nyata dia tidak berkelebihan pada akalnya."

Untuk memelihara Nabi Musa a.s, Allah mengilhamkan baginda utk memilih bara api, lalu baginda menyuap bara api tersebut ke dalam mulutnya. Lantas, baginda menjadi gagap akibat lidahnya yg tercedera dibakar api. Walaubagaimanapun, kecederaan itulah yg mengelakkan dia daripada dibunuh oleh Firaun laknatullah.

Oleh sbb itulah berdasarkan Surah Thaaha ayat 25-34, Nabi Musa a.s. berdoa agar Allah melancarkan tutur bicaranya, serta baginda memohon agar dikurniakan Harun(abang kandungnya) sebagai pembantunya, untuk membenarkan perkataan Nabi Musa a.s., kerana Nabi Harun a.s. lebih fasih berbicara.

Subhanallah, mari kita sama2 dalami ilmu melalui bacaan dan penghayatan al-Quran...

Thursday, November 25, 2010

Bukti Keikhlasan Dalam Beribadat


Alhamdulillah yg menghidupkan dan mematikan hamba2Nya... Pagi2 Jumaat ni, seawal mencelikkan mata, sudah sy rasai kenikmatan hidup... Nikmat Islam dan Iman. ALLAHU AKBAR!!

Kenapa sy rasa bertuah sgt pagi ni? Hmmm.. Sbb hati sy dijaga olehNya, istiqamah turun ke surau. Subuh berjemaah di sana walaupun sy tidur jam 3pagi dan bangun semula jam 5pagi. (Mak, x cukup... Ngantuk..) T_T Ehehe, sebenarnya selalu saja sy kekurangan tidur. Itu bukan satu alasan utk sy tidak turun ke surau!!




Baiklah, berbalik kepada tajuk asal, fokus sy bukan tentang solat berjemaah di surau. Fokus sy pagi ni ialah ttg pengisian/tazkirah yg disampaikan oleh roomate yg sy sayangi. (",)

Secara ringkasnya, sy ingin kongsikan dengan sahabat2, dapatan sy dlm tazkirah tadi. Ukuran keikhlasan kita dalam beribadat kepada Allah.

Keikhlasan kita dalam beramal ibadat tidak bergantung kepada masa, tempat, situasi, dan persekitaran.

MASA
Kalau di bulan Ramadhan kita boleh khatam al-Quran dlm masa sebulan, qiamullail setiap malam, tapi pada bulan2 biasa kita tidak mampu melakukannya, bukanlah ikhlas namanya. Apa matlamat kita sewaktu membaca al-Quran di bulan puasa itu? Apa matlamat kita sewaktu qiam di bulan puasa itu? Mengejar pahala yg dilipatgandakan?? Sahabat2, tidaklah seseorg hamba itu memasuki syurga melainkan dengan rahmat dan redha Allah... Bukan kerana banyak pahalanya...

TEMPAT
Kalau di universiti boleh Dhuha setiap hari, membaca Quran beserta tafsirnya tak pernah ditinggalkan, sepatutnya di rumah, di kampung, kita tetap melakukan perkara yg sama. Jika pulang ke kampung memberikan kita alasan sibuk dengan sanak saudara, ahli keluarga, sehingga tidak punya masa utk beribadat seperti yg kita lakukan sewaktu di universiti, jelas kita belum miliki keikhlasan...

SITUASI
Kalau musim2 peperiksaan kita boleh bersolat hajat setiap hari, meletakkan seluruh pergantungan kpdNya, adakah pd hari2 biasa kita melakukan perkara yg sama?? Jika ya, Alhamdulillah, itu tanda kita miliki keikhlasan. Tapi jika tidak, uhmmm... Adakah kita hanya perlu berserah padaNya sewaktu mendekati musim peperiksaan? Adakah pd waktu2 biasa, kita tidak perlu berharap padaNya? Yakinkah kita, kita akan berjaya, akan bernasib baik, dan akan hadapi segala yg baik2 sahaja tanpa restu dariNya? Tidakkah terlintas dlm fikiran yg kita ini bersikap pentingkan diri?? Taking Him for granted?? Waktu terdesak shj kita dekat padaNya. Sungguh, tiada keikhlasan di situ.

PERSEKITARAN
Jika persekitaran kita subur dgn bi'ah solehah, kita bersemangat utk beramal ibadat bersama2 dgn para sahabat. Tapi, apabila kita berada dalam kalangan org2 yg tidak menitikberatkan agama dlm kehidupan, adakah kita tetap istiqamah melaksanakan mutaba'ah2 kita? Jika ya, Alhamdulillah... Itu juga menjadi tanda keikhlasan kita kpd Yg Maha Esa...

Sahabat2, dlm menelusuri ranjau kehidupan ini, ingatlah, hanya REDHA ALLAH yg perlu dikejari. Bukan dunia. Bukan isinya. Malah bukan juga pahalanya. Kerana Allah ada berfirman di dalam Kitab Suci Al-Furqan, masuknya seseorg hamba ke dlm SyurgaNya bukanlah kerana byk pahalanya, tetapi kerana Redha dan Rahmat Allah...


Jadi, sama2lah kita menetapkan matlamat kita iaitu MARDHATILLAH....

InsyaAllah...

Tuesday, November 23, 2010

Hala Tuju Diri


Kadang2 situasi membuatkan kita terleka. Lupa dgn sasaran sebenar kita melakukan sesuatu perkara, tujuan sebenar kita berada di satu2 tempat. Lupa hidup kita di dunia ini semata2 hanyalah untuk beribadat dan menghambakan diri kep
adaNya.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu."
(Surah Al-Zariyat, 51 :56)

Itulah manusia. Kalau dikatakan seseorg itu tidak pernah terpesona dgn indahnya dunia, jelas sekali dia sedang membohongi dirinya sendiri. Kalau diceritakan iman seorang ahli ibadat itu tidak pernah menggelongsor, kenyataan itu palsu. Kerana semua sudah sedia maklum, iman kita yazid wayankus. Meningkat dan menurun.

Sungguh, hidup ini hanyalah ujian untuk hamba2 Allah. Jadi, perlu diingat, walau apa saja yg berlaku, kita perlu terus berusaha untuk berikan yg terbaik. Untuk menjadi yg terbaik. Demi mardhatillah...





Andai kapal pelayaranmu terpesong arahnya, kau perlu berusaha mengubah kembali hala tujunya. Andai berkali2 engkau jatuh tersungkur, bertahanlah. Bangun kembali. Jangan sekali2 perit pedihmu itu memadamkan semarak jihadmu. Begitu juga, andai di waktu mlm hari ketika manusia2 lain lena diulit mimpi, kau berfikir ttg diri, kau tersedar ttg dosa2mu, kau merasakan diri terlalu hina, kembalilah. Kembalilah ke jalanNya yg sebenar. Jangan sampai kesedaran itu mendorong kau untuk futur, atas alasan "tidak layak", atas alasan "tidak mampu".

Sedangkan Allah menggalas bahu kita dengan bebanan yg sesuai dgn kemampuan kita, boleh lagi kita mahu beralasan sedemikian?

Maraklah ke hadapan, wahai empunya diri, wahai diri yg penuh kekurangan, wahai diri, bangunlah, sedarlah... aku merayu padamu.... Wahai empunya diri, W\wahai sahabat2, jgn smapai dugaan yg diberikan menjadikan kita termasuk dlm golongan yg futur... Na'uzubillah...

"Ya Tuhan kami, jgnlah Kau bolak-balikkan hati kami sesudah Kau berikan hidayah kpd kami dan kurniakanlah rahmatMu kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia"

Thursday, November 11, 2010

Putrajaya


A vacation
Fresh in my mind
Everything seems perfect in my eyes
I just want to be grateful

I never love Kuala Lumpur
Except for one nice reason

The lights at night
Neons lighting the city
Along the way home
Oh happiness is the only feeling
That I feel

Staring at the beautiful lights
Beautiful creative human creations
Made me smile
Along the way home
My renovated home
Alhamdulillah

Monday, November 8, 2010

Dedication For One Special Person In The Heart

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

P/S: Lagu yang meninggalkan positif impak dalam persahabatan... Fillah insyaallah... sayang kamu kerana Allah. Untuk Allah. Berharap kamu menjadi salah seorang yg berdiri tegak dalam barisan yang umpama satu bangunan yang kukuh... (As-Saff : 4)

Ya Rabb, perkenankan pintaanku... ya Mujib, Perkenankan... =/

Hari Ini dan Semalam


Seringkali
Waktu sang rembulan meminjamkan sinarnya
Aku berfikir kembali tentang kehidupan silamku
Aku tidak punya apa-apa
Tidak punya apa-apa selain dia
Namun sejak detik hitam itu
Kurasakan hidup ini penuh makna



Sejak saat itu
Terlalu pesat perubahan dalam hidupku
Begitu banyak yang kupelajari
Begitu jauh aku melangkah
Begitu pantas aku berlari
Sehingga begitu besar jarak antara diriku dan hari semalam
Semakin banyak juga rahmat Tuhan padaku
Alhamdulillah...
Sujud aku pada Yang Esa...

Sunday, November 7, 2010

Hectic Weeks





Too many reports to be done

Too many assignments to be submitted

Too many meetings to attend

Too many chapters to be finished



Yet, I convince myself

Victory is not impossible

Excellence is still possible

As long as I try hard

And have faith in Allah

(^^)

InsyaAllah


Wednesday, November 3, 2010

I Want To Be That Eraser



Pencil: I'm sorry.... =/

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry as you get hurt bcos of me. Whenever I made mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. I want you to correct any mistakes that you have done. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


p/s: I want to be that eraser.... to help people erase their pain... to help people correct their mistakes... to help people to change for betterment...

Monday, October 25, 2010

Perlu Kepada Masa

Aku manusia yang tidak pandai berada di alam pertengahan
Aku tidak tahu bagaimana mencampurkan antara dua perkara
Antara yang baik dan yang buruk
Antara yang rapat dan yang renggang
Antara yang mesra dan yang dingin
Antara kedudukan tinggi juga rendah
Aku tidak tahu
Aku merasa canggung
Aku hanya tahu mengambil salah satu daripada keduanya
Aku hanya boleh mesra ataupun renggang
Tidak kenal apa ertinya "biasa-biasa"
Tidak mengerti apa maksudnya "boleh laa"
Kerana aku terbiasa meletakkan sasaran ke arah yang tertinggi
Aku perlukan masa
Itu pasti

Inertia

I am having a big problem.
Inertia.
How am I going to reduce this inertia within myself?
Do I have to lose weight?
Do I have to reduce my velocity?

Tell me, fellow friends.
I need an answer.
A good one. As the best solution.
Since I seem to suffer.
Again.
Because of the inertia...

Oh, I nearly forget a simple fact.
That the color of the rainbow would not stay forever.
If fades...

Yes, I finally find the answer.
All I have to do is just be patient.
And wait for another rainbow to come.
Wait for another bloom to blossom.
Which will make me smile.
As I enjoy the beauty of God's creation...

La tahzan. Innallaha ma'assobirin...

(^^)

Sunday, October 17, 2010

Berubah dan Berkorban

Sungguh, perubahan itu menuntut pengorbanan
Segala yang dulunya kita cintai, perlu dihindar
Semua yang awalnya kita sukai, perlu dibuang
Ah, pendek kata, segala yang dilakukan bukan atas dasar Islam dan Iman, wajib dikorbankan.

Kadangkala hatiku terdetik
Sampai bila aku mampu bertahan?
Sejauh mana mampu aku melangkah?
Melawan bisikan halus syaitan
Yang tidak kenal erti putus asa

Ya Rabb, kupohon padaMu
Berikan aku kekuatan
Kekuatan untuk terus istiqamah
Istiqamah di atas jalanMu...

Sunday, October 10, 2010

I Should Thank You

If I can make a choice

I will choose to be there

Just by her side

To see her smile

As she gives me hope
O'Allah, I should thank You

For sending so many good things in my life

A shoulder for me to cry on

A smile when I am in pain

A hand when I almost drown
She is simply my motivation

She is simply my inspiration
O'Allah, bless her in everything

Wednesday, September 29, 2010

Nota Syukur Buat-Mu

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, hari ini berkali-kali aku menyungkur sujud ke hadrat-Mu. Sungguh aku terharu. Amat-amat terharu. Rahmat, rezeki, dan berkat dariMu amat kurasai. Tangisan hiba ini amat memeritkan bola mataku. Aku sungguh tidak tahu apa yang harus kulakukan selain sujud kepadaMu penuh syukur. Aku seakan-akan tidak mahu bangkit dari hamparan sejadah ini. Biar walau kuyup dibasahi air jernih yang mengalir deras ini. Biar walau aku lemas tidak bernafas dek tangisan syukur ini. Engkaulah yang selayaknya menerima segala puji-pujian dan ucapan syukur yang tidak terhingga.

Seminggu dua ini, kurasakan mulutku benar-benar masin. Apa saja yang kupinta, apa saja harapan dan keinginan yang terdetik di hati, begitu mudah kugapai.

Bermula dengan Gamelan Test pada hari Khamis minggu lepas. Aku tidak hafal not-not muzik empat baris itu, melainkan untuk baris yang pertama. Maka aku berdoa setiap saat sementara menunggu giliran agar aku mendapat undi bernombor 1. Sewaktu mencabut undi, aku tersentak melihat nombor baris yang tertera adalah nombor 1. Bermaksud aku akan diuji hanya menggunakan not baris pertama. Aku berjaya memainkan Gambang, Saron, Bonang dan Gendang dengan baik sekali. Segala puji bagi Allah.

Hari Jumaat, aku menguruskan persiapan jamuan makanan untuk satu Majlis Ilmu. Aku ditimpa musibah yang menguji kewanganku. Sewaktu aku kesal dan bersedih dengan diri sendiri, aku teringat kembali doa-doa yang aku panjatkan dua hari berturut-turut sebelum itu. Doa meminta ditingkatkan tahap kesabaran dan ketabahan dalam diri ini. Aku menyoal diriku sendiri, bukankah musibah dan ujian itu tidak lain hanyalah untuk menguji kesabaran dan ketabahanku? Bagaimana mahu dikabulkan permintaan itu tanpa diuji? Bagaimana harus diukur tahap kesabaran dan ketabahan andai tiada apa yang merunsingkan fikiran? Andai hati gembira sentiasa? Hanya dengan ujianlah aku dapat melatih diri menjadi lebih sabar dan tabah. Lantas aku tersenyum. Maha suci Allah.

Kemudiannya, aku sibuk dengan tugasan. Preparation untuk Clastic Test tidaklah semantap mana. Aku terlalu letih, tambahan pula fizikalku lemah gara-gara cuaca sejuk. Asma datang dan pergi berulangkali. Waktu test hari Selasa yang lalu, aku terkejut melihat soalan test tersebut. Hanya 10 soalan objektif untuk dijawab dalam masa 30minit. Allahuakbar. Tahap kesukarannya ialah sedarhana bagiku. Topik pula merangkumi tajuk-tajuk yang sempat aku study sepenuh hati. Sekali lagi aku terharu dan bersyukur.

Selain itu, sifat amarah aku dulu pernah membuat aku kehilangan sahabat akrabku. Aku memarahi dia yang hanya mengambil berat tentang aku. Namun, baru-baru ini usahaku menjernihkan keadaan mula membuahkan hasil. Sahabatku itu mula memberikan respons positif. Segala puji bagi Allah, aku berstukur kepadaMu...

Seterusnya, aku dapati Allah sentiasa mendengar rintihan hatiku, sentiasa menyaksikan air mataku, juga Allah sentiasa mengetahui apa yang tersimpan di lubuk hatiku. Sudah seminggu nama itu berlegar-legar di ruang mindaku. Aku rindukannya, aku ingin tahu apa khabarnya. Untuk menghubunginya, amat mustahil untuk kulakukan. Aku tidak mahu menimbulkan fitnah. Aku juga tidak mahu menjadi punca dia terleka dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin juga hamba Allah. Aku tidak mahu mengulang kesilapan 'Atikah binti Zaid dan suaminya, Abdullah bin Abu Bakar. Kecintaan mereka telah melekakan mereka untuk beribadah dan berjihad demi Islam. Lalu, setiap kali nama itu muncul di benak fikiranku, kepada Allah jualah aku hadapkan muka. Kepada Allah aku lepaskan kerinduan ini. Kepada Allau aku adu segala rasa di hatiku.

Wahai Yang Maha Pengurnia, apa lagi yang harus kulakukan bila jasadnya berdiri tegak di hadapanku petang tadi? Apa lagi yang harus kuucapkan bila dia, jasad yang kurindu, tersenyum melihatku? Aku terkejut tersangat-sangat. Bertanya khabar, dan aku berlalu pergi. Sungguh Ya Allah, waktu itu juga butir-butir jernih menitis ke bumi. Sepanjang jalan aku mengucapkan syukur, memujiMu. Hanya Engkau yang selayaknya menerima puji-pujian.

Selepas selesai solat Isyak tadi, aku mendapat panggilan telefon. Sungguh tidak ku terjangka, amaun di bankku telah bertambah jumlahnya. Bertambah dengan jumlah yang luar biasa. Hilang kerunsinganku tentang perbelanjaanku. Sekali lagi aku tersungkur sujud kepadaMu.

Sungguh aku yakini, Engkaulah Al-Wahhaab, Engkaulah Ar-Razzaaq... Engkaulah Maha Pemberi Kurnia, Engkaulah Maha Pemberi Rezeki...

Ya Allah, Engkaulah Al-'Aliim, Engkaulah As-Sami', Engkaulah Al-Basiir...

Aku beriman dengan segala sifat-sifatMu sebagai bukti kesempurnaanMu...

Aku akui, sungguh beruntung bagi orang-orang yang meletakkan pergantungan kepada Allah semata-mata setelah berusaha bersungguh-sungguh...

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang agung." (Surah At-Taubah, 9:129)

Aku akui, Engkau meneguhkan kedudukan sesiapa sahaja yang menolong agamaMu...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad ,47:7)

Sesungguhnya segala yang kulalui ini meningkatkan lagi keyakinan aku terhadapMu...

Allahuakbar!

Tuesday, September 21, 2010

Dunia Sebagai Persinggahan

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita memperbanyak bekalan untuk meneruskan perjalanan?

Kerana kita cuma ada satu persinggahan..."

****

Ringkas je ayat kat atas tu, tapi amat mendalam maksudnya untuk ana, juga untuk sahabat2 yg berfikir. Analoginya di sini, kalau sahabat mahu bermusafir dari Johor ke Perlis, dan ketika itu cuma 1 je R&R yang ada, apa tindakan yg akan sahabat ambil bila tiba di R&R tersebut? Sudah tentunya sahabat akan menggunakan satu2nya R&R itu dengan sebaik2nya. Mungkin sahabat akan membeli bekalan makanan, air juga. Sahabat juga mungkin akan menggunakan kemudahan toilet untuk melepaskan hajat dgn sebaik2nya. Setelah yakin dengan kecukupan bekalan dan berpuashati dgn keselesaan, barulah sahabat akan meneruskan perjalanan.

Begitu jugalah kehidupan kita. Dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata. Dunia adalah ladang akhirat. Di dunia inilah kita diberi peluang untuk mengumpul seberapa banyak amalan sebagai bekalan untuk kita menuju akhirat, sebagai token untuk kita melepasi pintu syurga.

Tapi sayangnya, zaman sekarang ni, apa yg sahabat2 dapat lihat? bagaimana keadaan kita umat Islam?

Apa yg ana lihat, kesibukan bekerja menjadi alasan untuk manusia beribadat kpd Allah. Tidak sempat. Apabila punyai waktu terluang, diisi pula dengan perkara sia2 seperti berbual kosong, mengumpat, tidur yg berlebihan, dan mencari keaiban orang lain, contohnya. Kekayaan dunia tidak digunakan di jalan Allah, sebaliknya diperhabis demi hiburan yg asyik melalaikan. Kemiskinan pula dijadikan tuduhan Allah bersikap tidak adil. (Layakkah kita sebagai hamba bersikap cerewet begini? Di mana kita letakkan rasa kesyukuran atas nikmat hidup yg Allah berikan?) Hendak bersedekah? Takut. Takut kesempitan wang bila tiba hujung bulan. Sedangkan Allah tidak pernah lupa melimpahkan rezekiNya kepada kita. Ini antara sikap mereka yg tidak yakin dengan janji Allah. Persoalannya, jika kita benar2 beriman dan bertaqwa kpd Allah, bolehkah kita punyai rasa sangsi terhadap Allah? Lebih teruk lagi bila ana menyaksikan sendiri keadaan manusia yang bertuhankan nafsunya. Apa kemahuannya, pasti dituruti. Mahukan harta. Tujuan hidupnya hanya kemahuannya. Sedangkan tujuan hidup orang yg beriman ialah MARDHATILLAH. Tetapi dia manusia yg tamakkan harta, minta dikurniakan harta, tetapi kikir menyumbangkan harta. Sedangkan, Allahlah yg mengurniakan harta. Dialah al-Wahhab (Maha Pemberi Kurnia) dan Dialah Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki).

Tepuk dada tanyalah usaha. Sejauh mana kita sudah berusaha mempersiap diri dengan bekalan untuk ke destinasi kita?

Sedikit sahaja yg ana kupas hari ini, sedangkan terlalu banyak lagi ragam manusia di luar sana. Fikirkanlah. Bersedialah. Kerana mungkin kita sudah terlalu hampir dengan destinasi kita. Apa bekalan kita untuk hidup di sana?
Berubahlah. Ayuh kita sama2 perbaiki diri dan kumpulkan amalan di persinggahan kita ini.

Sunday, September 19, 2010

The Pain

It is hard to pretend as nothing has happened...

There is pain inside the heart...

O'Allah, give me little strength to face this...

O'Allah open my heart to accept this...

O'Allah open my eyes to see something wider and wiser than this...

Replace her with anything else that is more precious for me and Islam...

Though I do love her, Your love for her is greater and most priceless...

O'Allah, The Most Powerful, help me to erase this pain...


Saturday, September 18, 2010

Pengorbanan Cinta Untuk CINTA

Kau tahu aku mencintaimu
Kau tahu isi hatiku
Namun tidak kau jauhiku
Malah, semakin kerap kau hubungiku
Semakin kerap kau mencariku

Aku resah gelisah
Bukan ini yang kupinta
Matlamatku hanyalah mardhatillah
Dan kau kusasarkan sebagai wasilah
Yang akan membawaku kepada redha Allah

Lalu kunekad memutuskan
Untuk mengorbankan cinta insan
Kerana ianya hanya melekakan
Dan membawaku menjauhi haluan
Tujuan sebenar aku dilahirkan

Asif ya akhi
Bukan niatku mahu melukai
Apatah lagi mengecilkan hati
Doaku sentiasa akan mengiringi
Ke mana sahaja kau pergi
Cintaku masih di hati
Walau kasih tidak terpateri

Kukorbankan cinta ini
Demi CINTA Illahi
Yang lebih suci mewangi

Kukorbankan cinta di hati
Kerana apa yang kuingini
Kita mendapat kejayaan hakiki
Beroleh Syurga nan abadi

Amin ya Rabbi

Friday, September 17, 2010

Doa Nabi Muhammad s.a.w.

Allahummaj'alni syakuran
Allahummaj'alni saburan
Allahummaj'alni fi 'aini saghiran
Allahummaj'alni fi 'aini naas kaburan
yang bermaksud:

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bersyukur
Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bersabar
Ya Allah, jadikanlah aku kecil di mataku
Ya Allah, jadikanlah aku besar di mata manusia lainnya

Doa ni mampu buat kita rendah hati dan tawaddhu', insyaAllah...

Thursday, September 16, 2010

Rindu PadaMu

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganMu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau Kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu

~Yasin~

Sunday, September 5, 2010

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Ana suka. Suka berziarah ke tempat orang. Ya lah, Jauh perjalanan, luas pemandangan. Pemandangan yang diertikan dengan pandangan, pengetahuan, dan keterbukaan fikiran. Dari Selangor ana memandu hingga ke Senawang, kemudian berhenti di Kuala Pilah. Berbual dengan orang negeri. Terasa jakun mendengar dialek mereka. (-.-)
Sekarang ana berada di Pahang, meninjau suasana kehidupan di sini. Banyak juga perbezaan dengan kehidupan di tempat ana, Simpang Renggam.
Sedikit perkongsian. Malam tadi ana berterawih di masjid Triang. Sempat ana memerhati sekeliling, semua jemaah muslimat terdiri daripada warga emas. Tiada seorang pun muslimat muda remaja di dalam saf. Sedangkan, sewaktu memandu ke masjid, ada sahaja kelihatan anak-anak muda berpasangan berjalan-jalan bersama.
Selepas witir 3 rakaat, ana bersalaman dengan warga emas di sini. Ana kucup tangan mereka, diikuti kucupan mesra di kiri kanan pipi mereka. Sudah terbiasa dengan sahabat-sahabat barangkali. Mereka kelihatan tersentuh. Paling terkesan, apabila makcik-makcik yang berdekatan yang melihat perilaku ana, mereka masing-masing berebut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ana. Mengelilingi ana, menunggu giliran untuk disalami. Mereka sibuk bertanya, "Anak ni anak siapa? Duduk di mana? Orang sini ke? Anak dah berkahwin ke? Siapa suaminya?" Paling kerap soalan yang ditanya ialah siapa mak ayah ana. Allahurabbi. Allahuakbar.
Tidak kurang dengan itu, mereka beriya-iya menjemput ana untuk bertamu ke rumah mereka. Jam menunjukkan angka 10, ana pula memandu sendirian ke masjid, khuatir pula tuan rumah bimbangkan keselamatan ana. Ana juga masih letih memandu. Jadi, ana hanya menolak lembut pelawaan mereka.
Ana tersentuh, perasaan sayu menguasai diri. Apa yang ana rasakan, warga-warga emas ini mahukan kasih sayang dan perhatian, lebih-lebih lagi daripada anak-anak muda, yang mereka harapkan menghormati mereka, yang kini kebiasaannya lebih mengutamakan hidup sosial masing-masing, hanyut dengan alam maya, mencari-cari waktu untuk bersukaria, mencuri kelapangan untuk merasai cinta monyet.
Betapa kita sudah mengabaikan mereka. Apa yang ingin ana tekankan, ingatlah sahabat-sahabat, kita juga akan menjadi tua, insyaallah. Kita juga akan punya zuriat, insyaallah. Adakah kita suka merasai kesepian, kesunyian? Adakah kita mahukan zuriat yang tidak endahkan ibu bapa, datuk dan nenek mereka apabila meningkat remaja? Hargailah mereka selagi kita diberi kesempatan untuk berbuat demikian...
Nasihat ini tidak terkecuali untuk diri ana juga...

Saturday, September 4, 2010

Iklan Aidilfitri TV3 Macam Krismas???

Saya baru je nak mula buat report event... Plus postmoterm... Plus assignment... Plus download nasyid sikit2.

Saya ni masih dlm proses peralihan, nak kawal darah muda yg cepat mendidih. Suhu 30 darjah pun sy da leh mendidih.

Tapi bila tengok video ni, hati meronta2. Marah yang teramat sangat... Siapa punya idea nie? Iklan ni tak lain hanya akan mengelirukan fikiran kanak-kanak tentang Islam...




Arghhh, buntu dengan TV3.

Hairan, pelik, aneh.

Tetapi segalanya benar.

Wednesday, September 1, 2010

Pembakar Semangat Sepanjang Hayat

Sesungguhnya kewajipan (tanggungjawab) itu lebih banyak berbanding masa yang kita ada.
Maka uruskanlah masa dengan sebaiknya...

Andai terasa lemah dalam perjuangan, ingatlah Allah sentiasa bersama kita.
Jangan khuatir, kita tidak berseorangan dalam medan ini.
Kita punyai sahabat seperjuangan di samping kita.
Allah sukakan orang yang berada di dalam jemaah (SUrah As-Saff:4)

Jika kita ikhlas membantu agama Allah, maka Allah akan mengukuhkan kedudukan kita (Surah Muhammad:7)

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita gandakan usaha kita. Semoga usaha yang kita lakukan beroleh kberkatan di dalamnya. InsyaAllah.

LTK memang perform.......!
(^^)

Jejak Uhud

Tempuh setiap hari perjuangan kita
Sibuk cari rezeki kejar cita-cita
Bila berkemenangan kan riang gembira
Bila berkegagalan, apa orak kita?

Uhud jadi renungan kekalahan kita
Tiada kemenangan emosi dan minda
Awas nafsu menggoda cinta pada harta
Ingkar pada perintah terjerat akhirnya

Kemenangan dalam kekalahan
Kesenangan dalam kesusahan
Ada sinaran dalam kegelapan
Penyelesaian dalam penghalangan
Kemerdekaan dalam penjajahan
Kekuatan dalam kelemahan
Sepakatan dari berpecahan
Kebangkitan dalam kesenyapan

Sentiasa di mana dugaan melanda
Punya teman setia perosak rupanya
Berlumba berkejaran dunia semata
Wujud diri di dunia tiada tujuan

Muslihat yang menjajah umat yang dihina
Khalifah kita di dunia amanah suci Nya
Kebolehan yang ada usah dipersia
Bangun terus mencuba berjuang bersama

Nur Irsyad

Sunday, August 29, 2010

Fikir-fikirkan...

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan
kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia
ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap
yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka
mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-
tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka
itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka
itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi
dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan
mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh
manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu
ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia
ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena
gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, August 26, 2010

Why Hijab?

Many people ask a question why Muslim women cover up themselves in Hijab/Veil...

Here comes the fabulous answer that helps us understand
the importance of Hijab (Purdah - BURKHA -VEIL)

And here comes the simplest way of demonstrating the importance of it...
Could it be anyway better than this?


.......an amazing example indeed......




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_XwidXE5BJEbRUgJ4cvA4ppPBAj_mx1p7trgKPVhe1OBUPUTAxhjttkB7VzM3s5V122IeX8Pe7rMjjIC_3L5v_VUvKA9uK7JmZGgfoEqCGff8ceR3CjkH6vK54oFCno0isiObSvUtcHZi/s400/image001.jpg



Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters

The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said;

"Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.
You've got to work hard to get to them."

He looked at me with serious eyes."Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Source: Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.