Sunday, June 27, 2010

Anak-anak Buahku

Amir Faiz

Sudah lama aku tidak menggalas position babysitter sehinggalah kakakku diarahkan berkursus di Seremban kelmarin. Tiga hari mengambil alih tugas si ibu, amat membuatku tidak sabar untuk memiliki zuriat sendiri. Lihat sajalah kini, baru beberapa jam aku meninggalkan mereka, hatiku sudah separuh rindu. Aku rindu kemanjaan mereka, aku rindu ketulusan kasih sayang mereka.

Elia Sara & Ilia Huda

Apa tidaknya, gelak tawa mereka yang sangat mesra, pandangan mata yang suci tanpa dosa, peluk manja dari mereka, amat buat ku terharu. Inilah sebab kadangkala hatiku berat untuk memulakan tugas mengasuh, kerana aku akan terus merindu.

Elia Sara & Alia Nuha

Aku terlalu menyayangi mereka, kanak-kanak yang naif. Tugas mengasuh hanya akan membuat hatiku memberontak mahukan anak! Sedangkan kutahu, karut untuk aku memilikinya buat masa ini.


Waktu yang paling mendamaikan hatiku ialah ketika kanak-kanak ini melelapkan mata mereka. Terasa suatu perasaan yang amat menyentuh tangkai hatiku mengalir di segenap tubuh. Memerhati mereka buat aku terfikir tentang bukti-bukti kekuasaan Allah s.w.t. Aku bersyukur memiliki mereka. Amir, Alia, Huda dan Sara, Cik Tikah sangat sayangkan kamu semua.

p/s : anak-anak buah yang kat rumah embah tu, cik syg jugak, cumanya korang dah besar2 sgt. x feel.
;p

No comments:

Post a Comment