Thursday, July 1, 2010

Serangan Tanpa Sedar


Sudah lama aku tidak ber'smart group' atau berusrah. Aku rindu. So hari ini ingin aku kongsikan input yang aku perolehi dari salah satu smart group yang aku hadiri.

Tanpa kita sedari, musuh-musuh Islam yang hasad, setelah gagal menghancurkan kita secara zahir, telah melancarkan serangan secara sembunyi-sembunyi. Serangan saraf yang kesannya lebih kronik berbanding serangan bersenjata.

Serangan '5S' itu ialah :

Sports


Dari apa yang kulihat, sukan banyak melekakan kita. Dari sukan jugalah ada di antara kita yang mengaku beragama Islam, tetapi lalai dan alpa dengan tanggungjawab dan batas-batas perbuatan yang telah digariskan. Contoh mudah kuambil, dalam musim World Cup sekarang ini, ada sahaja yang membuat taruhan, berjudi. Waktu solat pun sudah berterabur, entahkan tertunai atau tidak. Sanggup bersengkang mata demi menyaksikan perlawanan bola, tetapi tidak sanggup untuk bertahajjud. Parahnya kita dengan suntikan sports ini.


Sex

Ini satu lagi suntikan yang amat memilukan. Kalau kita tonton filem-filem Barat, rasanya mustahil untuk bertemu dengan filem yang tiada langsung scene yang mendorong ke arah seks. Aksi-aksi kotor itu perlu dijauhkan dari pandangan kita kerana perkara-perkara seumpama itu akan menggelapkan hati kita secara perlahan-lahan. Aksi-aksi tersebut akan menghakis perasaan malu dalam diri kita, seterusnya memberi keberanian kepada kita untuk cuba melakukan pula aksi-aksi tersebut. Ternyata perkara ini membawa kita jauh dari Allah, astaghfirullah.


Smoke


Berkali-kali sudah dikatakan, merokok itu makruh hukumnya. Dosa-dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi satu dosa besar. Samalah keadaannya dengan merokok yang hukumnya makruh. Hukum yang pada asalnya makruh, akan menjadi haram yakni berdosa apabila kita melakukannya. Lebih-lebih lagi rokok itu memudaratkan kesihatan kita. Kanser dan mandul, antara kesan negatif amalan merokok. Sikap perokok yang endah tak endah, buat tidak peduli, saban hari menyedut dan menghembus kepulan asap, adalah tanda mereka telah terpedaya dengan serangan saraf oleh kafir yang direjam. Dosa-dosa yang terhasil dari tabiat merokok ini barangkali mendinding mereka untuk menjalankan dakwah Islam, sebagaimana yang diseru untuk kita laksanakannya.

Screen

Seeiring dengan kemajuan teknologi, begitu jugalah dengan kemajuan dalam bidang hiburan. Setiap saat, ada saja filem, telenovela atau drama yang bertujuan melekakan kita dengan dosa-dosa kering. Sampaikan scene di dalam konti juga boleh ditayangkan untuk tontonan peminat. Perilaku deejay di dalam konti itu pun sudah mampu untuk membuat kita melekat di hadapan kaca televisyen.


Songs


Hurm, aku terkesima. Benar kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, setelah aku amat-amati, setelah aku perhatikan, 70% daripada lagu-lagu yang kita dengar, berunsurkan cinta, patah hati, kecurangan. Kebanyakan lagu-lagu tu memiliki senikata yang membuai jiwa, meruntun hati, yang membawa kta ke alam fantasi. Yang mana sedang dbuai cinta, akan terasa terawang-awang mendengar lagu-lagu cinta. Yang mana baru putus cinta, akan mengangislah mengongoi-ongoi mendengarkan lagu yang tepat mengenai diri.

Semua ini sebenarnya hanyalah muslihat musuh-musuh Islam untuk melemahkan kita. Dengan rancangan yang rapi dan strategi yang mantap, mereka telah berjaya melalaikan kita, umat Islam akhir zaman.


Seberapa ramai pemuda-pemuda kita yang berani menjadi panglima perang seperti Khalid Al-Walid?



Seberapa ramai pemudi-pemudi kita yang berani menjadi sayap kiri perjuangan Islam seperti Khaulah si pejuang misteri?



Kawan-kawan, marilah kita sama-sama menjadi Khalid Al-Walid juga Khaulah akhir zaman. Marilah kta sama-sama menjauhi 5 serangan saraf musuh-musuh Islam ini. Kesemua 5 elemen ini hanyalah hiburan semata-mata, bukan keperluan asas untuk hidup! Maka, apa perlunya untuk kita berhabis masa melayani nafsu yang berkehendakkan hiburan yang melalaikan ini?

Untuk kita menjauhi semua ini, tentulah kita akan terasa asing. Mana tidaknya, rata-rata manusia keliling kita melayani kesemua 5 elemen di atas. Tetapi kawan-kawan, perlu kita sedari, Islam itu datangnya dalam keadaan dagang (asing), dan pulangnya juga dalam keadaan dagang. Jadi, janganlah terasa takut jika kamu merasakan diri kamu asing, tidak seperti mereka yang melayan semua hiburan di dunia ini.

Perlu diingat, dalam aku menasihati kawan-kawan semua, sebenarnya aku sedang menasihati diriku sendiri.





No comments:

Post a Comment