Monday, April 8, 2013

Aku yang berdosa

Hatiku sayu. Sebak dalam dada...
Mengapa?

Kerana serasa diri ini tidak layak dengan apa yang dimiliki.

Aku tidak pernah layak merasai kebahagiaan yang kukecapi kini.
Aku tidak pernah layak merasai nikmat2 yang berbagai variasi
Aku tidak pernah layak merasai nikmat2 di dunia ini

Seringkali Kau kurniakan apa yang kupinta,
Seringkali Kau turunkan pertolonganMu saat aku hampir binasa,
Seringkali Kau ada, saat aku patah hati hilang bicara...

Ya Robbi,
Detik ini aku terkesima
Aku cukup malu untuk lagi berdoa dan meminta
Kerana aku malu jika Kau kabulkan lagi serta merta
Kerana kutahu aku tidak selayaknya menerima
Kerana kutahu, aku insan hina
Aku hambaMu yang penuh dosa...

:(

No comments:

Post a Comment