Monday, April 8, 2013

Ikhwan? Mampukah aku menjadi seorang ikhwan?

Bismillah...

Lama tak meluah isi hati di sini. Malam ni terlintas di hati kecilku, mampukah aku mencintai Nabi dan Rasulku s.a.w. sedalam baginda mencintai aku, umatnya.

Bergenang air matanya merindui ikhwannya, sedang sahabat-sahabat yang susah senang bersama-sama ada di sisi. Ikhwan = umatnya yg tidak berada di zamannya, tetapi mengikut ajaran2nya.

Baginda menyebut-nyebut aku, umatnya, sewaktu bertarung dengan sakaratul maut.

Baginda cuba meminta daripada Allah swt agar diberikan seluruh sakit sakaratul maut aku, umatnya, kepadanya.

Di akhirat kelak, baginda mencari2 aku, umatnya, sebelum mencari-cari anak dan isterinya.

Baginda mengenangkan aku, umatnya pada masa hadapan, risau memikirkan aku, umatnya pada masa hadapan.

Aku bagaimana?

Sekerap mana aku terkenangkan baginda?

Sekerap mana aku berselawat kepadanya?

:(

Aku mahu menjadi salah seorang ikhwan itu....
Aku mahu menjadi umat yg dikasihinya...






No comments:

Post a Comment