Friday, May 7, 2010

Erti Kehidupan

Kehidupan
Takkan bermakna tanpa kepedihan
Kerana kejayaan kau mengharunginya
Adalah sebuah kemanisan...
Kehidupan juga
Takkan bererti tanpa penderitaan
Kerana kejayaan kau bertahan
Adalah pulangan lumayan yang kau nantikan...
Perjalanan hidup yang berliku-liku
Umpama jalan kosong yang kau lalui
Pada pagi yang amat hening
Kau sunyi sepi
Kau sendiri...
Kau teragak-agak untuk memilih
Antara ratusan cabang jalan yang terbentang
Terlakar indah penuh tarikan
Mana satu pilihanmu?
Kau tidak tahu...
Kau seharusnya mengerti
Tiada kegembiraan tanpa kedukaan
Tiada kejayaan tanpa kegagalan
Tiada senyuman tanpa tangisan...
Maka
Kau perlu terus melangkah
Melangkah ke hadapan penuh keyakinan
Awan mendung ini
Akan berarak pergi satu masa nanti...
Yakinlah
Air mata hari ini
Akan berubah menjadi tawa manjamu esok hari
Kerana
Sang penghibur akan tiba tidak lama lagi...

No comments:

Post a Comment