Monday, May 24, 2010

Tahan Marah???

Hari ini aku terasa tegang. Marahku membuak-buak hanya disebabkan perkara kecil. Tapi, baru awal bulan Mei ini aku membina azam. Azam untuk berubah menjadi hamba Allah yang lebih sabar. Aku mahu berubah. Mahu kubuang sikap panas baran ini. Aku tahu bukan mudah, tetapi juga bukan mustahil. Telah banyak perkara negatif yang berlaku disebabkan panas baran ini. Ah, panas baran itu sikap syaitan!

Mari temani aku berubah, mari kita sama-sama berubah dengan niat yang baik, kerana bermulanya amal seseorang itu dari niatnya.  (hadis yang kupelajari dulu-dulu. haha)

Hadis riwayat al-Bukhari pula menyebut tentang marah:

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa ada seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w. dan berkata : "Berilah wasiat kepadaku." Sahut Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Janganlah engkau marah." Kemudian dia mengulangi pertanyaan itu beberapa kali, tetapi Baginda tetap menjawab : "Janganlah engkau marah."

Kenapa Nabi s.a.w. melarang kita dari marah? Nabi s.a.w. melarang umatnya daripada menuruti nafsu marah itu kerana kemarahan tidak menambahkan kebaikan, malah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi, kesimpulannya kita tak boleh marah lagi. Kalau sebelum baca post ini kawan-kawan semua sesuka hati lepaskan marah, lepas ni dah tak boleh buat-buat tak tahu ye! (^.^)

No comments:

Post a Comment