Tuesday, September 21, 2010

Dunia Sebagai Persinggahan

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita memperbanyak bekalan untuk meneruskan perjalanan?

Kerana kita cuma ada satu persinggahan..."

****

Ringkas je ayat kat atas tu, tapi amat mendalam maksudnya untuk ana, juga untuk sahabat2 yg berfikir. Analoginya di sini, kalau sahabat mahu bermusafir dari Johor ke Perlis, dan ketika itu cuma 1 je R&R yang ada, apa tindakan yg akan sahabat ambil bila tiba di R&R tersebut? Sudah tentunya sahabat akan menggunakan satu2nya R&R itu dengan sebaik2nya. Mungkin sahabat akan membeli bekalan makanan, air juga. Sahabat juga mungkin akan menggunakan kemudahan toilet untuk melepaskan hajat dgn sebaik2nya. Setelah yakin dengan kecukupan bekalan dan berpuashati dgn keselesaan, barulah sahabat akan meneruskan perjalanan.

Begitu jugalah kehidupan kita. Dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata. Dunia adalah ladang akhirat. Di dunia inilah kita diberi peluang untuk mengumpul seberapa banyak amalan sebagai bekalan untuk kita menuju akhirat, sebagai token untuk kita melepasi pintu syurga.

Tapi sayangnya, zaman sekarang ni, apa yg sahabat2 dapat lihat? bagaimana keadaan kita umat Islam?

Apa yg ana lihat, kesibukan bekerja menjadi alasan untuk manusia beribadat kpd Allah. Tidak sempat. Apabila punyai waktu terluang, diisi pula dengan perkara sia2 seperti berbual kosong, mengumpat, tidur yg berlebihan, dan mencari keaiban orang lain, contohnya. Kekayaan dunia tidak digunakan di jalan Allah, sebaliknya diperhabis demi hiburan yg asyik melalaikan. Kemiskinan pula dijadikan tuduhan Allah bersikap tidak adil. (Layakkah kita sebagai hamba bersikap cerewet begini? Di mana kita letakkan rasa kesyukuran atas nikmat hidup yg Allah berikan?) Hendak bersedekah? Takut. Takut kesempitan wang bila tiba hujung bulan. Sedangkan Allah tidak pernah lupa melimpahkan rezekiNya kepada kita. Ini antara sikap mereka yg tidak yakin dengan janji Allah. Persoalannya, jika kita benar2 beriman dan bertaqwa kpd Allah, bolehkah kita punyai rasa sangsi terhadap Allah? Lebih teruk lagi bila ana menyaksikan sendiri keadaan manusia yang bertuhankan nafsunya. Apa kemahuannya, pasti dituruti. Mahukan harta. Tujuan hidupnya hanya kemahuannya. Sedangkan tujuan hidup orang yg beriman ialah MARDHATILLAH. Tetapi dia manusia yg tamakkan harta, minta dikurniakan harta, tetapi kikir menyumbangkan harta. Sedangkan, Allahlah yg mengurniakan harta. Dialah al-Wahhab (Maha Pemberi Kurnia) dan Dialah Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki).

Tepuk dada tanyalah usaha. Sejauh mana kita sudah berusaha mempersiap diri dengan bekalan untuk ke destinasi kita?

Sedikit sahaja yg ana kupas hari ini, sedangkan terlalu banyak lagi ragam manusia di luar sana. Fikirkanlah. Bersedialah. Kerana mungkin kita sudah terlalu hampir dengan destinasi kita. Apa bekalan kita untuk hidup di sana?
Berubahlah. Ayuh kita sama2 perbaiki diri dan kumpulkan amalan di persinggahan kita ini.

No comments:

Post a Comment