Sunday, August 22, 2010

Kalam Allah Itu Benar

Saya amat terkejut dengan incoming call dari Ustaz tadi. Sungguh, terbukti kebenaran kalamullah. Saya tak ingat nombor surah dan ayatnya, tapi ayat tersebut bermaksud begini, "Allah memberikan ujian x lain hanyalah untuk menambahkan lagi keimanan hambaNya kepadaNya, untuk membuktikan kekuasaanNya".

Sungguh, benar-benar terbukti. Saya terlihat tanda-tanda kebesaranNya, keagunganNya, ketinggianNya... Mudah sahaja Allah hendak menyelesaikan masalah saya. "Kun fayakun". Hanya dengan berkata jadi, maka jadilah ia... Sungguh saya bersyukur... Sungguh, ujian yang diberikan, dengan penyelesaian yang amat tidak dijangka, membuat saya merasa kerdilnya diri ini... Subhanallah.... Alhamdulillah... Ibu di rumah buat pulut kuning tanda syukur. (^^)V

Ini ayat yang saya jumpa setakat ni ;

"Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata, "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati." Allah berfirman, "Belum percayakah engkau?" Dia (Ibrahim) menjawab, "Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang (mantap)." Dia (Allah) berfirman, "Kalau begitu ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas masing-masing bukit satu bahagian, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera." Ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (Surah al-Baqarah, 2:260)

Walaupun ayat ni bukan exactly bercerita tentang ujian atau cubaan (saya masih mencari dalil quran yang tepat tentang ayat yang saya katakan di atas tadi), konsepnya masih lagi sama. Dengan ditunjukkan Kekuasaan dan Keperkasaan Allah, maka hati kita, keimanan kita, insyaAllah akan semakin mantap. Wallahu'allam (^^)

No comments:

Post a Comment