Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Minggu lepas dia mendengar ceramah. Ceramah tentang Ramadan. Dapat dia mencatatkan beberapa isi penting yang amat bermanfaat. Antaranya ialah:

1. Kita perlu memiliki sifat taqwa yang bermaksud khauf wal raja'i(takut dan kembali). Ini bermaksud kita perlu miliki rasa takut berbuat sesuatu yang tidak disenangi Allah dan kita perlu kembali kepadaNya, makin mendekatkan diri kepadaNya. Bukan takut lalu lari menjauhiNya.

2. Kita perlu ada kawalan diri. Bayangkan sahajalah, dalam bulan Ramadhan, air masak itu halal, diperoleh juga dengan cara yang halal, tetapi kita perlu menahan diri dari meminumnya kerana itu merupakan larangan Allah ketika berpuasa. Yang halal sendiri tidak boleh kita dekati, apalagi perkara-perkara lain yang sememangnya dihukumkan haram seperti mencuri, berzina, membunuh, dan lain-lain.

Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment