Sunday, August 1, 2010

Selamat Tinggal Sahabat

Hafih Zaini Kusyairi bin Yaakob a.k.a. Jenie.

31hb Julai 2010 bersamaan 19hb Syaaban

Tinggal kenangan. Aku terkilan. Teramat sangat. Sahabatku. Memang aku kalut. Menangis terkejut.

Aku juga merasa berdosa. Seminggu berturut-turut mesejnya masuk dalam inboxku, manakala aku hanya membaca endah tak endah. Membalas liat sekali. Bagiku, lain kali boleh balas. Nah, dalam semua mesej yang masuk pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, hanya hari Selasa yang kubalas. Itu pun 4,5 mesej sahaja. Berbasa-basi. Hari Jumaat, aku sibuk. Aku fikir, esok lusa aku boleh balas. Namun, ketentuan Allah, dia pergi untuk selamanya pada Sabtu petang.

Bila lagi waktu untuk aku mesej bertanya khabar? Aku terkedu. Air mataku deras mengalir.

Aku merasa berdosa. Dosa padanya. Aku kerap menghampakannya. Walhal dia sahabat sejati.

Tapi kini aku redha. Aku sedar ajalnya sudah tiba. Aku akan sentiasa mendoakannya, kerana aku amat menyayanginya. InsyaAllah.

Ya Allah, lapangkan kuburnya sesaujana mata memandang, terangi kuburnya laksana sinaran bulan purnama, hindari dia dari azab kuburMu, masukkan dia dalam kalangan hamba-hambaMu yang soleh. Amin ya Allah...

No comments:

Post a Comment